(nice) dream
TRIT TRIT.
Ada mesej baru.
"I kat meja hujung. Rambut ungu, t-shirt Bjork hitam, jeans kelabu."
Hayat pusing keliling dan nun di sudut ada dia. Ungu, Bjork dan kelabu lusuh. Hayat melangkah ke arahnya lantas menghulurkan salam perkenalan. Bagi Hayat dia cantik tapi sayang luntur sangat warna mukanya, seolah-olah sudah diklorok ceria kehidupan.
* * *
Dengan berhati-hati Hayat membelah pita masking yang menemukan penutup parsel berlabel Handle With Care itu. Ada sesuatu (selepas ini hanya akan dirujuk sebagai M) di dalamnya - kecut, reput, kusam dan menunggu masa. Juga diselitkan sekali amaun cengkeram tunai yang berpatutan dan telah dipersetujui.
Hayat tidak boleh berlengah lagi, sudah 2 hari M di dalam parsel. Setiap detik yang terbazir bakal mencantas peratus survival M. Tanpa berlengah Hayat menyediakan tools of tradenya. Simpel saja - sebuah radio transistor murah dengan satu dek kaset, penyiram pokok mini berisipadu 1 liter, dan 10 bungkus ramuan rahsia ciptaannya sendiri.
Setelah M yang fragil diletakkan ke atas sebuah bekas plastik empat segi, Hayat pun menekan butang play pada radio. Mix tape lagu-lagu bernada gembira pun diputarkan - selalunya Beach Boys dan Weezer kerana mereka sahaja yang Hayat tahu akan menyelitkan sanshain, pelangi, ada uhh, ada ahh, ada wow dalam lagu-lagu mereka. Lirikalnya tidak penting kerana yang Hayat perlukan hanyalah zat muzik yang rancak dan mampu merencahkan suasana kelam.
Berlatarkan trek Wouldn't It Be Nice dari Beach Boys, Hayat membuat analisis kadar kereputan dan mortaliti M. Kemudian dengan formulasi tertepat, dia segera mengadun baja istimewa dengan 10 jenis ramuan rahsianya.
Setelah baja istimewa ditaburkan pada M, intuisi Hayat menyedarkannya tentang sesuatu. Ternyata M perlukan belaian sepenuh hati, jadi ia harus dihidangkan dengan ekstra keju dan jagung sebagai side dish. Rasa-rasanya formulasi Hayat dah tak bermasalah jadi dia yakin ini sajalah yang tinggal. Habis bilik bersepah dengan plastik pembungkus Chesdale dan kulit jagung. Hayat menyeka keringat di dahi. Keju dan jagung ekstra tidak pernah membuatkan sesuatu itu kurang betul.
Perubahan pada M agak perlahan namun persis. Hayat mengukir senyum tapi dia sedar tugasnya masih belum beres.
Sejurus itu, Hayat pun memandikan M dengan cahaya matahari optimum di dalam bilik bedahnya, iaitu di tingkap terkiri. Jikalau hari itu mendung Hayat akan menggunakan spotlight 500 watt (paling kurang) sebagai sabstitut. Cahaya ialah elemen yang vital, malah Hayat tidak boleh mendedahkan M pada humiditi yang melampau kerana humiditi, sepertimana yang kita semua tahu, adalah epitom kepada kemuraman dan submisi total kepada depresi (walaupun Hayat secara personalnya gemarkan hujan).
Sejurus itu, Hayat pun memandikan M dengan cahaya matahari optimum di dalam bilik bedahnya, iaitu di tingkap terkiri. Jikalau hari itu mendung Hayat akan menggunakan spotlight 500 watt (paling kurang) sebagai sabstitut. Cahaya ialah elemen yang vital, malah Hayat tidak boleh mendedahkan M pada humiditi yang melampau kerana humiditi, sepertimana yang kita semua tahu, adalah epitom kepada kemuraman dan submisi total kepada depresi (walaupun Hayat secara personalnya gemarkan hujan).
(radio sedang memainkan trek Keep Fishin' dari Weezer yang kadang-kala tersangkut)
Sekarang yang tinggal hanyalah untuk Hayat menunggu dan jika perlu diselangselikan dengan pembajaan dan penyiraman. Menunggu tidak pernah buat dia bertenang. Dengan risiko prosedur yang sangat tinggi, Hayat tidak putus-putus berdoa agar klien tidak menyaman sekiranya hasilnya merengsakan. Dalam pada itu dia sudah dapat merasakan kesan sampingan akibat eksposur berlebihan dengan M. Satu attraksi, satu kemistri. Satu reaksi ada ada, dalam dada.
Selepas 5 hari (ada yang berminggu, ada yang berbulan, ada juga yang menemui jalan fatal, tapi syukurlah yang ini hanya 5 hari) akhirnya Hayat dapat melihat hasilnya. Mekar, merah, berkilau dan beraroma terapeutik. Sekarang Hayat hanya perlu menyelami secebis sisi femininnya dan menghiaskan M cantik-cantik bagaikan hadiah ulang tahun kepada kekasih. M harus dikembalikan kepada tuan empunya yang sudah lama menunggu.
* * *
Setelah bertukar-tukar soalan rawak, Hayat pun menyerahkan bekas kaca berbentuk hati dengan reben merah jambu terikat di lengkuk sebelah kiri kepada si gadis. Di dalamnya M menyenggeng gagah. M yang telah dibelai dengan kasih sayang, dibaja dengan semangat dan disiram dengan positiviti sepanjang 5 hari lepas. Si gadis mengeluarkan M dari bekas kaca. Dia membuka satu pintu di dadanya dan M pun kembali ke habitat asal. Harapan berpusu-pusu berkejaran ke muka luntur si gadis, mengepam warna-warni kegembiraan total. Seolah-olah seorang pelukis sedang mewarnakan kanvas putihnya. Tampaknya ada 2 ekor pegasus sedang berterbangan mengelilingi pelangi definisi tinggi yang telah muncul di belakang si gadis.
Walaupun dah berpuluh kali Hayat melihat fenomena itu, dia sama sekali tidak pernah bosan. Namun kali ini Hayat terpana sekejap. Dua tiga kali jugalah dah jadi begini. Tapi Hayat profesional, dia tidak akan sesekali mencampuradukkan perasaan dan kerja.
Walaupun dah berpuluh kali Hayat melihat fenomena itu, dia sama sekali tidak pernah bosan. Namun kali ini Hayat terpana sekejap. Dua tiga kali jugalah dah jadi begini. Tapi Hayat profesional, dia tidak akan sesekali mencampuradukkan perasaan dan kerja.
Setelah mendapat baki bayaran daripada si gadis, Hayat pun beredar. Syabas, another job well done. Namun belum sempat 5 langkah dipacu, telefon bimbitnya sudah berbunyi. Ada esaimen baru dari seorang klien bernama Suhaida Ismail. Malang bagi Su, ini sudah kali kedua dalam minggu ini.
Nampak gayanya hujung bulan ini ke Glastonburylah jawabnya Hayat. Dengarnya Radiohead jadi act utama lagi di Stej Piramid. Inilah remedi terbaik.
Malam tadi Hayat bermimpikannya. Si gadis ungu, Bjork dan kelabu lusuh.
11 comments:
si gadis ungu? wowww!
rambutnya saja cikgu, boleh basuh dgn air tu. jgn dimarah saya cikgu manis
haaa saya tak marah kalau aberun bagi hadiah. hihi
hadiahnya sila belikan diri kamu batuketiga atau ifall, sekian terima kasih haha
ada radiohead pun masih dirijek? ah...fck...haha
tobatlah lang, sesungguhnya fck itu propaganda freemason haha
ah, tak habis2 dgn freemason haha
pergh pergh pergh.
seganlah saya orang pawe perghkan saya haha
nih radiohead yang sama versi dengan perihal rokstar, tahi kucing dan faux-deus ker, aberun? :D
oh bukan. kot
kadang2 aku pun terkeliru haha
Post a Comment