Apr 21, 2015
ini (mungkin) sabmishen saya untuk zine terbaru zsm [1]
nilai sepicit jerawat dan isu2 kemanusiaan yang tidak pernah nak permenen
Kau tahu cerita tentang jerawat batu aku yang telah menghilangkan diri tapi kemudiannya muncul kembali sebagai seorang(?) pembunuh bersiri dan akhirnya mengambil nyawanya sendiri? Begini ceritanya.
Jerawat batu tu menyertai hidup aku semasa aku tingkatan 4. Selama 8 tahun setengah dia menjadi sebahagian daripada banaliti seharian. Susah senang kami bersama, sehinggalah satu hari dia lesap tanpa sempat aku ucap selamat.
Di luar jangkaan aku, jerawat batu tu muncul kembali 5 tahun sudah sebagai jerawat pada dahi teman wanita aku. Dia kata dia dah bunuh 7 orang dan sasaran seterusnya ialah teman wanita aku itu.
Aku beritahu teman wanita aku (yang sekarang dah berpangkat bekas). Sayang, tu jerawat saya. Mohon pulangkan. Aku langkau bahagian pembunuh bersiri sebab aku tak mahu dia panik.
Dia enggan. Katanya gipsi peramal dengan bebola kristal nasihat supaya jangan pulangkan, kerana dalam perhubungan setiap pasangan harus insis untuk membuat keputusan, dan yang paling penting perlu ada give and take. Aku tak pasti bila masa dia tanya gipsi tu pasal ni. Yang nyatanya, dalam tempoh beberapa miliseken itu dia sempat sms gipsi peramal berkaitan permintaan aku dan gipsi peramal sempat pula sms kembali memberi jawapan. Aku telah kategorikan misteri ini dalam folder Misteri.
Aku kata aku tak ada apa nak bagi sebagai balasan, sebab aku dah serahkan saniti aku kepadanya. Selepas makan tengahari dia sms kata dia dah kembali bercinta dengan Razali. Saniti aku dia masih simpan dalam poket belakang jeans.
Jerawat aku tu, dulu ia menghilangkan diri tatkala muka aku tumbuh jerawat lain. Aku agak dia cemburu, atau dia individu reklus. Duit aku pada reklusif, jadi lojiklah berteman akan menjengkelkannya, kan? Dan dengan konklusi yang dibuat sendiri, aku yakin aku tak perlu risau lagi akan nasib bekas aku tu.
Cerita mereka berdua habis di situ sehinggalah pagi tadi. Aku dapat berita bahawa jerawat aku tu, untuk mengelak dari ditangkap polis, telah mengelar pergelangan tangannya sendiri. Aku termangu seketika.
Malam itu aku bermimpi bekas jerawat aku tu datang melawat aku di hospital. Aku tanya dia kenapa pembunuh bersiri? Dia kata dia nak jadi satu simbol yang signifikan untuk kaumnya. Aku nak tanya 'kenapa tak jadi ahli politik saja, ataupun juburan jalanraya' namun entah kenapa aku batalkan hajat tu. Atas dasar kemanusiaan, aku bertanya pula akan nasib bekas teman wanita aku, namun soalan itu tak berjawab. Seusai 2 soalan cuma aku dah buntu, dan kami hanya membatu.
Lama juga kami membisu, sehinggalah dia memecah kesunyian dengan berkata dia tak boleh lama. Sebelum mengucapkan selamat tinggal dia sempat meminta maaf kerana meninggalkan aku dulu. Dia sepatutnya jadi kawan yang lebih baik. Dan dia pun hilang lagi, cuma kali ini mungkin buat selama2nya.
Aku musykil juga. Apakah ada syurga atau neraka untuk jerawat pergi selepas mereka mati?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment