Apr 21, 2015

sabatikel

maaflah, selama dua tahun yang menghampiri tiga ni rutin bekerja telah membuntukan saya. serius, rutin ini pembunuh kreativiti namun apakan daya hidup ini mirip hukum alkimia; yakni untuk dapatkan sesuatu saya perlu korbankan sesuatu. hanya mereka yang betul2 mencuba (dengan sedikit sebanyak percikan nasib) akan dapat kesemua yang mereka impikan. bagus untuk mereka.

kehidupan beristeri dan baru2 ini ber-anak (baca:realiti) juga telah merembat imajinasi saya ke dasar yang tidak berdasar. mejiknya, saya tak kisah pun kerana kedua2 makwe dalam hidup saya sekarang sudah mencukupkan rencah untuk perisa stoned saya dan mampu menerbangkan saya entah ke ceruk mana.

barangkali, dua cerita di bawah ialah satu prolog untuk keterusan, dan mungkin juga tidak. hanya Tuhan yang tahu.

3 comments:

Anonymous said...

semoga berbahagia. aku doakan. hehe.

klohv said...

terima kasih kerana masih ada.

tahniah untuk dua makwe baru dalam hidup.

ahmad said...

rapunzel - toce2 :)

clove - sama2. aku sebenarnya tak pasti utk berapa lama

terima kasih :)