pintu utama rumah sewa saya, untuk lebih tepat. atas lantai dapur ada sekujur tubuh dalam lopak darah. saya kurang pasti itu mayat siapa. barangkali itu saya. mungkin juga itu bekas teman wanita yang telah saya rodok perutnya. entahlah.
sekarang saya ada dua dilema yang bersangkut paut dengan kunci pintu yang tergantung beberapa kaki dari lokasi saya berdiri ini. dilema yang pertama ialah bagaimana saya nak angkat dan lupuskan mayat itu. saya ni daun pintu, for god's sake. daun pintu mana ada tangan. kenapa saya risau? walaupun katakanlah itu mayat saya sendiri, saya tetap akan disabitkan kerana saya ialah satu2nya individu yang berada di rumah. kunci yang tergantung ialah satu2nya set kunci dan tiada kesan pecah masuk. saya tidak perlu jadi sherlock holmes untuk menuding jari kepada satu2nya suspek, iaitu pintu, iaitu saya. hek, hatta saya pun akan tuduh saya. dilema yang kedua ialah katalah (dek satu kuasa holi yang entah muncul dari mana) saya dapat angkat mayat itu, mana halanya saya nak bawa dia keluar sedangkan saya belum punya cara untuk capai kunci. ah, jilaka. macam mana gayanya saya nak angkat mayat itu jikalau saya masih belum dapat berganjak walau selangkah dari sini.
pada hari kedua saya menjadi pintu, posmen datang untuk menghantar bil api. saban tahun dia tidak pernah terlepas untuk ucap selamat hari lahir kepada saya, kecuali tahun ini. untuk tahun ini sebelum ketukannya yang pertama, saya telah menyambutnya dengan bunyi salakan anjing ganas. grrrr. woof. woof. woof. bercempera melatalah dia.
pada hari ketiga, tuan rumah datang menghantar pesan dengan sebilah golok gergasi. 10 bulan sewa yang tertangguh, orang tua. dengan penuh komited dia menjerit2 macam orang sakai sambil menetak2 lembu yang dibawanya untuk okasi ini sampai lunyai. namun saya tahu itu cara dia bergurau kerna pada hakikatnya dia cuma mahu mengucap selamat buat hari lahir saya, yang kebetulannya 3 hari sebelum anniverseri sewaan saya yang ke 30 tahun. saya sangsi orang yang terlalak terlolong sebegitu rupa ada masa untuk menangkap aroma proses degradasi daging yang dimamah magot maka saya biarkan saja dia. dah penat baliklah tu.
pada hari ketujuh yang peliknya bau mayat masih belum menusuk hidung, anak saya sekeluarga datang melawat. selepas beberapa dozen ketukan dan salam yang tidak bersahut, dengan gembira mereka beredar ke Megamall untuk main boling dan/atau nonton bioskop.
pada hari keenambelas, sepasang pencuri pecah masuk ikut tingkap tepi. nasib mereka tak ke dapur. lepas pecah tabung babi saya, mereka berdua berkopulasi dalam bilik. ah. ah. ah. mungkin situasi ini mencetuskan ghairah, siapalah saya untuk menghakimi.
hari ketigapuluh, peminat black metal muncul beramai2 sembelih kambing hitam di ruang tamu. ada sesi ice breaking; conteng2 corpse paint atas muka masing2, sesi orgy atas simbol pentagram serta minum2 darah kambing. ada juga sesi kencing-kencing merata sambil layan mayhem, burzum dan kadang2 terselit britney spears. mayat yang terdampar amatlah sesuai dengan ambien yang mereka idamkan.
malang sekali pada hakikatnya tak ada seorang pun datang menjenguk. api rumah saya dah lama dipotong masakan posmen akan datang hantar bil. tuan rumah ini dah setahun arwah tanpa meninggalkan waris, dan anak? kawan pun saya tak ada mana halanya saya boleh beristeri. pencuri pula, tidakkah saya beritahu ini era utopia? penyamun dan perompak dah tidak ujud lagi. mereka semua dah sertai politik, digelar wakil rakyat dan juga menteri. mereka hanya menyamun pada siang hari buta dan di depan2 kita. lebih simpel dan kurang risikonya. pemuja setan dan peminum darah kambing? adakah kau serius?
saya hanya terpacak di sini musim demi musim, hinggalah tahun ke 87 kerana ternyata pintu punya nyawa yang lebih liat berbanding manusia, lagi2 pintu yang lonely. kanker paru2 pun kami tak kenal walaupun melanyak tujuh kotak sehari, apatah lagi nak kena gout.
sehari sebelum harijadi saya yang ke 150, rumah sewa ini dijadikan lokasi untuk filem trilogi epik sai-fai triler pembunuh bersiri pengembara masa berkapak yang telah mengklon dirinya beramai2 dan dalam usaha pembunuh itu untuk memancung heroin bersinglet lengkap dengan bra pushup dan hotpants yang dalam babak sebelum telah menayangkan payudara mungil kepada penonton, saya telah ditetak berkali2 hingga kawasan yang saya anggap dada ini berlubang. dengan ini nyawa saya akan berakhir, tanpa kepastian sama ada dengan senyuman atau tangisan. malang sekali nasib saya. setelah sekian lama saya masih belum dapat memastikan lokasi muka saya jadi saya tak tahu otot mana yang perlu digerakkan untuk mengukir mimik muka yang saya inginkan.
berkenaan mayat? mayat apa? oh. kalau tak silap mayat itu secara magisnya telah ghaib pada hari ke 41. saya janji saya tak selitkan mayat itu semata2 untuk ujudkan unsur saspen. saya janji saya ada penjelasan konkerit untuk mayat itu. percayalah, tiada sebab untuk saya tipu. kalau saya ada sedikit masa senggang saya pasti akan bercerita. percayalah.
No comments:
Post a Comment