razali terbakar lagi buat kali yang ke... sekejap dia nak kira.... ok, kali ketujuh sejak dia bercinta dengan elizabeth. kali ini razali akan biarkan saja badannya terbakar sebagai tanda protes. elizabeth punya ramai sangat sahabat lelaki. ini buat dia sangat rengsa. terngiang2 dalam kepalanya suara elizabeth sedang bergurau senda dan bergelak tawa dengan rakan2 lelaki yang razali yakin bersiap lebih lama daripada elizabeth.
sebagai langkah berjaga-jaga razali takkan terima langsung panggilan elizabeth, sekurang2nya buat 24 jam akan datang. sebab razali tahu tatkala dia dengar suara elizabeth yang macam dalam kelambu tu, api ini akan terpadam serta merta. razali juga takkan baca sms daripadanya, kerana dia sebenarnya sedar elizabeth punya penjelasan yang sangat jelas untuk setiap punca kecemburuannya. selfon berbunyi.
tatkala terbakar, pertama sekali yang akan dibaham api ialah dada, di mana jantung berada. kemudian kepala, menghanguskan lojik dan kewarasan. selepas itu tiada dah sikuens yang tetap. perut, tapak kaki, bahu, siku, buku lali, halkum. semua itu akan dibaham secara rawak, kecuali yang terakhir, iaitu tangan, untuk menekan nombor elizabeth dan mendengar/membaca penjelasannya. memang cantik aturan sebegini. hingga ke momen2 terakhir razali masih diberi peluang untuk membuat keputusan yang betul walaupun rasionalnya dah ke laut.
atas faktor2 keselamatan, ada beberapa benda yang perlu razali hindarkan. yang pertama ialah dapur. kedua, barang2 elektrik. ketiga, kereta. keempat, buku. kelima, perabot. keenam, ketujuh, dan seterusnya. tak sangka pula macam semua benda saja yang tak boleh dia sentuh. razali sudah ragu2. mungkinkah dia telah buat pilihan yang salah? nada dering sms berbunyi. tidak, dia yakin kerana dia masih dapat melihat. jelaslah bahawa dia tidak cemburu buta maka di situ terbukti kecemburuannya berasas. atau mungkinkah 'cemburu buta' itu tidak merujuk pada buta secara literalnya? ah, masakan begitu.
ada beberapa anggota badan lagi yang belum terbakar. bermakna razali masih ada masa untuk mengeluarkan ayam dan daging dari peti ais untuk dibakar dalam mulutnya bila lapar nanti. bijak bukan? dia tak perlu lagi membeli tempat barbeku atau arang. razali sedar dia akan hadapi masalah dalam menentukan jangka masa membakar optimal pada mulanya. dia tidak mahu makan daging hangus. tapi dalam masa razali sangat positif dia akan mengatasinya. tengok, siapa kata rasionalnya dah ke laut?
sebelum tangan razali dibaham api, dia kena keluar kejap. dia perlu beli bahan untuk peram daging dan ayam tadi. nasib baiklah kedai serbanika dalam jarak berjalan saja kalau tak tak pasal2 razali kena korbankan motosikal cabuk kesayangannya. malang sekali, sebaik sahaja razali buka mangga pintu pagar, hujan turun dengan selebat2nya seterusnya memadamkan api cemburunya. siap kena panah petir lagi.
pin, pin. ada kereta di depan pagar. "sayang, jomlah, kenapa tercegat saja tu", kata elizabeth di balik tingkap kereta yang separuh terbuka. sebelum lebih basah dan lebih hangus, razali berlari pantas ke kereta elizabeth. "ingat u tak baca sms i. yalah, i ingat u terbakar cemburu lagi hari ni haha". mereka berdua makan nan keju dan ayam tandoori untuk brunch.
No comments:
Post a Comment