Aug 27, 2018

dan dengan begitu sahaja,

dia meninggalkan teman wanita barunya dan bercinta dengan suara panduan dalam waze (dinamakannya dian sastro), yang tidak pernah gagal membimbingnya ke jalan yang lurus, jalan yang lebih cepat ke arah kebenaran (atau yang disangkanya sebagai benar), sebelum suatu hari setelah dipengaruhi oleh salah seorang teman suara panduan untuk menyertai satu ritual pagan, dian sastro mengambil keputusan untuk memandunya ke sebuah lorong yang obskur dan mengerikan (tak apa, ini lorong tersingkat menuju syurga ciptaan) dan dia berakhir dengan kepala yang tercucuk pada pancang.

No comments: