Dec 2, 2010

bagaimanakah engkau mencari cinta?

ketika bersantai di tepian kolam bersama gadis mono-plastik berkanta lekap biru berbikini polkadot, riyadh mawardie didatangi pari2.
"hai pari2"

"hai riyadh mawardie. aku mungkin adalah figmen dari imaginasi kau atau mungkin betul2 autentik, tapi fakta itu tidak signifikan. apa yang penting dan sepenuhnya realiti ialah aku diarahkan untuk menyerahkan posyen cinta pali......"

beng!! beng!!

"wah power betul shotgun ni, habis bersepai otak kau. sorilah pari2, ini bukan personal, tapi kau taulah..... kau ni dah passe. walaupun hari2 aku layan slot lagenda kat tivi, semasa stargazing malam2 aku tak pernah berharap bintang utara sirius jatuh depan aku lalu ku tempa cincin daripadanya untuk dihadiahkan kepada lisa surihani semasa perkahwinan khayalan kami"

"...b...b..."

"hah? kau nak cakap apa, aku tak dengar la"

beng!!

"adoi, habis ranap tebing kolam aku. korang melantak apa la kat dunia pari2 tu sampai berat camni. jawabnya kena renovate balik la ni. terpaksala aku upah kontraktor bumiputera kelas f supaya dia boleh sub-kon projek ni kat kaum pendatang dan makan untung atas angin.

wah ada fragmen sayap pari2, barang bagus ni. elok aku pass kat nek piah, mungkin dia boleh guna untuk jampi tan sri supaya dia bagi projek potong rumput dan ubahsuai lanskap 200 juta tu kat aku"


No comments: