Dec 9, 2010

chuck (versi diekseggerasi)

hidup chuck sudah tepu dalam depresi, tekanan dan amarah yang eksesif. lama sudah dia kehilangan keupayaan untuk mentafsir lawak jenaka. lama sudah dia tidak ketawa. akhirnya chuck serik, dia harus pergi berubat.

merata dah dia pergi, dari sumber saintifik mahupun spiritual. rawatan yang malangnya sentiasa berakhir dengan cetakan tapak sepatu (kadang2 sempat dihalang oleh sekuriti) di muka doktor arus perdana ijazah beli / pawang jin islam / psikiatris edan / pengamal homeopati misoginis / bomoh siam sakit tibi / pakar akupunktur mantoi / guru silat dengan keris terbang / salah seorang anggota senario yang dirahsiakan identitinya / ahli hipnotis slash pengarang novel erotik / nabi palsu berambut mullet yang gagal mengubatinya tapi masih ada hati nak caj lebih2.

setelah bosan dengan semua sandiwara itu, akhirnya chuck membuat satu keputusan mudah; oleh kerana masalahnya tidak mampu diselesaikan dengan dorongan oral, ubatan mahupun jampi serapah jadi tak salah rasanya kalau dia mencuba dengan dorongan fizikal pula.

oleh itu setiap hari untuk satu jangka masa yang tidak dipastikan lagi chuck akan memohon jasa baik warga prihatin yang mula2 sekali dijumpainya pada hari itu untuk menggeleteknya sehingga ketawa. nak saja dia geletek dirinya sendiri tapi dia tahu itu usaha yang sia2.

hari ini, chuck masih tidak mampu menginterpretasi humor teman2 tapi sekurang2nya dia masih boleh ketawa.

No comments: