Dec 24, 2010

perbincangan cetek dengan fautsah namar (anagram ni), rakan gadisku yang paling berbakat ini betul2 pernah berlaku (dengan sedikit ajinomoto sebagai penyedap)

mogok : tidak bergerak (berjalan dll), berhenti
(sumber : kamus dewan edisi keempat cetakan kedua 2007)


oleh itu aku kurang memahami tujuan demonstran bermogok lapar. maksud aku, bantahan apanya kalau setakat berhenti berlapar. sesiapa pun boleh buat. sesiapa pun boleh makan.

oklah kecuali mereka dengan paranoia cermin pandang belakang aka halusinasi objek yang dilihat dalam cermin adalah lebih besar dari saiz sebenar. itupun kalau diikutkan secara harfiah mereka juga makan, cuma dimuntahkan balik saja.

rasanya adalah lebih tepat kalau dinamakan mogok makan, kan.

No comments: