Dec 8, 2010

emmanuel


sejak kecil lagi, ibu emmanuel selalu memberi amaran tentang raksasa kejam di bawah katil yang akan makan emmanuel semasa dia tidur jika dia tidak balik dari menjadi 'sepasang tangan dewa di antara dua tiang' sebelum maghrib. agak kebaratan kan cerita ibu emmanuel.

sampai sekarang emmanuel masih ingat pesan ibunya itu. tetapi oleh kerana umur yang semakin meningkat adalah seiring dengan sel2 otak yang semakin banyak berhubung, dia telah membentuk paranoia baru.

2 teori yang berlegar di otak emmanuel:
1
kenapa pencipta katil beria2 benar membuat kaki, sekaligus mencipta ruang di bawah rekaannya yang dinamakan katil tu (muat2 untuk raksasa kejam menyorok lagi) padahal kalau ikut logik lagi jimat (masa, kayu dan tenaga) kalau ciptaannya itu dibuat rapat ke lantai.
2
kenapa pembuat katil pula mesti buat katil ikut paten tu. tak ada ke di antara mereka yang sanggup menentang idea repetitif yang memuakkan ini dan melancarkan satu revolusi perubahan radikal semi-kontroversi, iaitu katil tanpa kaki.

berikut adalah jawapan emmanuel bagi persoalan tersebut:
tak ada alasan yang munasabah langsung untuk mereka semua berbuat demikian melainkan atas 2 sebab; mereka ni bersekongkol dengan raksasa kejam atau mereka ni memang betul2 raksasa kejam secara harfiahnya, yang hidup bebas dengan menyarung kulit sintetik berupa manusia.
*fakta tambahan*
berikut adalah kata2 seekor (seorang?) raksasa kejam vegetarian yang mahu kekal incognito:
"miang gila pakai kostum tu, habis ruam seluruh badan. nak kencing lagilah satu malapetaka.
sejak akhir2 ini ada juga kedengaran anak muda kami yang bangkit menentang penyamaran ini kerana kerap mengakibatkan kecelaruan identiti lalu mereka turun ke jalan untuk memperjuangkan liberalisasi hak untuk menjadi diri sendiri tapi dengan segera di'doublethink'kan"

berikut adalah jawapan ibu emmanuel:
senang nak sapu sampah.

No comments: