~
ini adalah satu (mungkin lebih) peringatan.
jangan sesekali ganggu saya semasa saya hampir (sila tekankan perkataan semasa dan hampir) terlelap.
jangan sesekali cuit (baca : telefon, hantar sms, langgar kaki, buka pintu dengan kasar, berkokok tengah malam buta semata untuk memberi tribut kepada kehidupan kau sebelum ini, etcetera) saya semasa saat genting itu kalau tidak hakikat tidur saya akan jadi passe (sekurang2nya untuk 3 jam selepas itu). untuk menjalani kehidupan sehari2 tanpa prejudis saya perlu fokus, energi perlulah memadai, supply tidur perlulah sufficient. bila saya tak cukup tidur saya akan jadi garang. jadi garang ni penat tahu, saya tidak suka penat.
ini adalah satu (mungkin lebih) peringatan.
saya tak kisah kalau kamu kacau saya semasa saya sudah tidur. betul ni, kerana saya boleh saja meneruskan kesinambungan tidur saya selepas itu, just like that. tapi kalau semasa saya hampir tertidur, itu seumpama kamu sudah menebuk lubang sebesar penumbuk pada lantai satu2nya perahu untuk ke kepulauan firdausi saya, mungkin sempat sampai mungkin tidak dan kemungkinan untuk tidak adalah lebih tinggi. lagipun sungai itu banyak buayanya dan walaubagaimanapun saya tetap juga hendak ke situ, dengan apa cara sekalipun, in one piece or many.
ok considerlah, mungkin kamu dalam kenaifan semasa itu bukan. sebab itu ini adalah entri yang serius bukan entri yang marah.
~
5 comments:
apsal aku rasa ada baris-baris ayat yang ghaib dalam entri ni?
memang pun sbb mula2 aku taip bnda yg dighaibkan tu aku rasa mcm aku ni klaka gle tp bila aku baca balik rupa2nya kelakar tu hanyalah ilusi. lagipun sebagaimana entri2 aku yg lain, entri ini pun masih satu tentatif jadi tidak mustahil akan ada pengeditan di masa akan datang.
begitulah ceritanya hehe
dengan penjelasan yang berbaris-baris ini...maka, aku sudah faham
sbagai seorang tokey taman tema aku yakin kau cepat pikap hehe
deng!! keh3
Post a Comment