May 14, 2011

taat


aneh bukan. pada masa lain kamu boleh saja terhegeh-hegeh mengengsot macam siput. kamu kata biasalah tu janji bumiputera (sambil tersengih bangga). tapi kenapa hatta tiba waktu bersujud menonggeng menyembah keomnipotenan neo-tuhan kamu - makhluk suci pencerna fiul fosil yang mewarnai kebanalan kota dari subuh ke subuh itu, kamu jadi menggelabah. menyentap ke kiri, merembat ke kanan, suluh ekstra cahaya hidayah 'ke tepilah babi' honk honk mahu cepat tiba. jarah segala kudrat, menginjak pedal terkanan mahu penetret lantai yang maha kuasa kuda. tembusnya sepatu menokak asfalt. haram sekelumit pun tenaga jemari dibazirkan pada sekudus isyarat masuk. namun yang agak mengelirukan jari yang tengah itu pantas pula kamu kongsi dengan jemaah lain. mungkin itulah keperluan ibadah, ritual suci yang mengumuhkan sisa maniakal hitam. aku faham. sebarang kelalaian adalah satu blasfemi terkutuk yang bakal mendekatkan kamu dengan neraka ciptaan. ya, aku sangat sangat faham. Aku doakan syurgalah tempatmu.