mereka ada bertanya kenapa saya suka sekian2 buku atau sekian2 band atau sekian2 awak. nasihat saya? jangan tanya, sebab saya pun tak pernah tahu jawapannya. dah saya suka apa boleh buat. tidak, ini bukan deep shit macam 'jika saya sukakan sesuatu dengan bersebab, suatu hari nanti apabila sebab tu tiba2 hilang saya takkan sukakannya dah' ke apa. saya memang tak tahu. noktah. titik. saya ni cetek saja. untuk jadi deep saya perlu bersedia untuk terjun, saya ni tak berapa reti berenang ye.
ok untuk berbalik kepada topik perbincangan saya akan bagi contoh 'buku yang saya pasti akan baca berkali2 lagi tapi saya tak pasti lagi bila saya akan baca buat kali kedua' iaitu catch-22. ada orang kata jalan ceritanya monotonus, kaum hawa diperlekehkan, lawaknya repetitif bagai tapi bagi saya buku tu tetap buku paling kelakar saya pernah baca. saya ketawa sampai keluar air mata ok. eh, tu dah ada sebab. alamak saya dah kenselkan pendapat saya sendiri, dalam entri yang sama lagi. macam mana ye tu.
No comments:
Post a Comment