May 9, 2011

entri hari perempuan paling penting yang agak terlewat


hari untuk menghargai ibu pun dikatakan agenda jahat. tolonglah, banyak lagi lautan boleh kamu selam. tapi kalau kamu yang bijak pandai ni rasa tarikh tu busuk sangat, bagilah cadangan untuk tukar ke tarikh lain, susah sangat ke? ni belum sempat apa2 dah nak haram mengharam. adoi, tak membantu betullah kamu yang mengaji jauh2 ni. gua nak bodek ibu gua pun susah.



selamat hari ibu kepada ibu kandung, ibu angkat, ibu tiri, ibu susuan, ibu tumpang, ibu saudara, ibu tunggal, ibu rempit, ibu kucing, ibu mertua, ibu awak, ibu dia dan terutama sekali ibu gua.





semua orang sayang ibu, tapi cuma dengan cara masing2lah kan.





ibu, maaf saya selalu menghampakan, selebet, tak dengar kata, berbaju lusuh, degil, meninggi suara, degil, tak dengar kata, menghampakan, tak dengar kata, degil, meninggi suara, selebet, degil, berseluar koyak. maaf juga kerana belum serupa mereka; stabil dan berjodoh.



6 comments:

makwe joni said...

ok. ok. sungguhpun saya ialah bukan ibu, tapi saya terasa macam ibu juga...kira halal lah saya terima ucapan selamat hari ibu ni ye?

makwe joni said...

cepat lah cari jodoh..gua lapar nasi kenduri ni

ahmad said...

nasi kenduri tak best, buat cirit adalah haha.

awak ibu kucing dan ibu saudara kan, so kira halal la hehe

daRk said...

*weep..8')

makwe joni said...

aku baru perasan, sangat banyak perkataan degil..haha

ahmad said...

makwe - ya mmg byk yg diulang