'sialan perampok, pulangkan angsa ajaib gua!' jerkah sang gergasi maging pada jekk sambil tergesa2 menuruni pokok kacang. tetapi kegopohan adalah prolog kepada celaka. sang gergasi maging tergelincir dan bontot gadangnya tersembam tepat atas ubun2 jekk. hentakan yang kuat menggegarkan otak jekk lalu jekk pengsan, terlucut pegangan lantas terjatuh tepat atas tilam yang kurang empuknya tapi ekstra aroma hancingnya. jekk buka mata. bijian kacang dah setel dipatuk ayam pak isnin maghrib tadi.
trivia : walaupun sang maging begitu beria mendapatkan kembali angsanya tapi pada hakikatnya emas yang ditelurkan angsa itu tidak pernah pun dapat dijual kepada sesiapa (baca : jadi perhiasan cuma) atas 3 sebab (yang langsung tidak trivial);
1. persekitaran yang kurang kondusif berserta kurangnya pasaran komoditi menghalang saudagar emas berniaga di atas awan,
2. tiada jalan singkat dan mudah bagi sang gergasi maging berulang-alik ke bumi untuk melakukan transaksi emasnya (kecuali sekarang, itupun bakal ditebang jekk).
3. tiada saudagar (atas (kalau ada) mahupun bawah awan) yang sanggup bertarung nyawa nak beli emas daripada gergasi maging bergigi taring setinggi budak darjah 5 yang sentiasa mengidamkan manusia
tetapi pemilikan emas sentiasa memberi perasaan magnifik yang paling splendor bukan (baca : boleh berlagak dengan jiran (bila ada nanti)) dan hakikat itu saja sudah cukup untuk mendorong sesiapapun untuk berani mati (juga mematikan)
mungkin juga aku silap. mungkin angsa itulah satu2nya temannya, selain daripada isterinya yang berulang kali dipergunakan jekk untuk memuaskan halobanya. sial punya jekk.
No comments:
Post a Comment