memang tak silap orang dah. itulah dia. tidak mungkin deraman dapat melupakan konstellasi jeragat yang menginspirasikan pada bahu si gadis blonde. sedari dulu deraman memang ada fetish dengan konstellasi.
"mutu ke'inggeris'an autentik yang takkan ada pada warga lokal" saban hari deraman bermadah, dengan tangan yang dikepal ke langit dan rambut hitam likat yang dialun angin tenggara.
dipendekkan cerita, sesi berkenalan pun bermula. dari tutur membawa kepada debar, dari debar membawa kepada rasa, dari rasa membawa kepada teruja. gebar dikongsi, keringat dibahagi.
setelah beberapa lama, deraman dan gadis tidak lagi kelihatan di kota. kata sahabat, mereka sudah berhijrah ke manchester.
%
di sebuah negeri di pantai timur semenanjung.
seorang jejaka blonde tidak berbaju, bertatu di lengan dengan tutur slanga inggeris yang sempurna nuansanya, sedang bersantai di tepian kolam, digesel gadis genit berambut bleach berhidung pesek speaking bersepah. rimas, jejaka blonde bangkit dan cuba berlalu pergi. ada konstellasi jeragat yang canggung di belakang, seolah2 ditampal.
gadis genit membuntut; parodi si jerry yang dipukau oleh aroma keju umpanan si tom.
20 comments:
pinkerton tu amende?
kalo aku jadi si gadis genit berambut bleach aku tinggalkan saja si jejaka blonde dan memburu jejaka bermata sepet pulak..
kehkehkehkeh...
kalo gadis genit tu tinggalkan jejaka blonde, dah lari la moral cerita ini.
pinkerton syndrome atau sarong party girl. sila gugel ye sbb aku mls nk bgtau kat sini hahah
gadis rambut bleach hidung pesek ini sebenarnya dah buleh bikin satu persatuan sebenarnya,,,senang2 buleh kumpul member
mcm kelab isteri taat ke haha
kira macam senior - junior lah kelab tu karang..macam tu?
haha agaknyalah kot.cuma aku terlupa kena tambah lg satu kriteria, obses ngn mat saleh
eh..bukan pinkerton tu mmg dah menampakkan keobsesan ke mat saller ke?
mmgla.
tp aku rasa tak ramai org gigih nk gugel pinkerton tu, so baik bgtau siap2 kang ramai plak gadis berambut bleach yg terasa haha
mungkin kau patut letak kat banner kau tu :
untuk bacaan mereka yang gigih meng-google sahaja
dari tu baik aku letak banner 'sila kelik iklan nuffnang saya berkali2 supaya saya boleh angkat scirocco satu' hahah
yang kelik orang lain, yg dapat angkat scirocco tu kau sorang saja...sobsobsob
ok pe. yg memberi lebih baik dari yg menerima
ok. ok. ok.
hari mengalah ke pe ni.syok betul kalo ari2 cmni haha
masa untuk kerja ha ha
eh..eh..ada bau kalah lah
stetmen sblm ni adalah ditujukan utk cik ye harap maklum
eh.. eh... biar betul ni encik
sy mmg sentiasa betul (sila masukkan satu gelak yang evil di sini)
hanya encik sahaja yang tahu gelak evil tu gaya mana,,saya sama sekali tidak tahu
Post a Comment