Jun 19, 2011

raban

kenapa senyum hanya ada ter-senyum. tak ada bersenyum, menyenyum, menyenyumkan dan segala mak nenek imbuhan yang kita pernah tahu. kenapa hanya ter? mengikut yang cikgu ajar, imbuhan ter hanya melibatkan perbuatan yang tidak disengajakan, macam terjatuh, terseliuh, tersepak, tersesat. perbuatan yang kadang2 mahu dielakkan. kenapa hanya ter? tak ikhlaskah kita? atau mungkin memang tiada siapa yang mahu senyum, tapi keadaan tidak pernah mengizinkan. :).

26 comments:

Selamber Rock said...

adakah ter-senyum itu bermaksud tak sengaja nak senyum? spontan?

ahmad said...

agaknyala kot, kalo mengikut pemahaman aku hehe

Selamber Rock said...

kalo sengaja pulak? sengih?

makwe joni said...

tersenyum ialah hal 'ter' paling ikhlas kalu bandingkan dengan 'ter' yg laiin.

makwe joni said...

kau tertuduh pulak..kira tak sengaja dituduh ke apa?

makwe joni said...

deng!! taipo!! kau di atas ialah kalau sebenarnya..

ahmad said...

koq ~ sengih pun ada tersengih je, so still sama ngn senyum. rasanyalah haha

citah ~ perkataan tertuduh utk jadi valid kena ada 'yang' kat depan; yang tertuduh bla bla bla. perkataan 'citah tertuduh' adalah tidak tepat sebagaimana 'citah tersenyum' atau 'citah tercirit'.

oh lagi satu, perkataan tertuduh tak termasuk dalam kategori perbuatan

ia bukan sama kategori dgn tersenyum, so usul tidak dikira

mirachantek said...

senyum secara spontan. senyum ikhlas.

senyum sinis pun.

semuanya ter.
tak niat nak menjadi sinikal pun.

tak gitu?

makwe joni said...

cikgu , kalu ayat macam gini buleh kah?

saya tertumbuk dan tertendang seorang pembuli tegar setelah pembuli tegar itu menggunakan 'citah tercirit' sebagai contoh ayat...ciss

ahmad said...

mira ~ so tak wujud istilah senyum buat2 kan hehe. sebenarnya senyum adalah satu tindakan refleks haha

citah ~ tak. grammar tunggang langgang. 0 markah [letak gelak cikgu paling setan kat sini]

makwe joni said...

kat mana tunggang langgangnya grammar dalam ayat tu cikgu?

ahmad said...

cis tak ada dalam kamus ye, harap maklum cik.

makwe joni said...

eh..eh...macam ada terbau kalah lah dalam ayat cikgu ini...

**wink - wink***

ahmad said...

oh saya akui saya sudah kalah dgn pemuisi minit ke 3 hingga minit ke 7

makwe joni said...

jangan encik...jangan. ada jugak saya tutup muka pakai paper bag ni karang...aiiihhh

ahmad said...

[gelak separa setan]

makwe joni said...

**gosok mata laju-laju***

mimpi ke apa ni? sejak bila tahu gelak separa setan ni?

ahmad said...

[perlukah diletak link utiub itu sebagai entri. perlukah]

makwe joni said...

cett...hah, berani letak lah...letak! letaakkkk banyak-banyak. tau lah apa jadi karang...

wachaaa!!!! dushhh!!!

ahmad said...

wink

makwe joni said...

err..err...err...janganlah macam gitu encik...

ahmad said...

haha

Amalina said...

beberapa hari lepas mak aku bagi ajaran.
dia kata imbuhan ter ada dua kegunaan iaitu pada sesuatu yang tidak disengajakan dan pada sesuatu yang disengajakan.

kalau macam orang ter-sayang?macam mana pula?

sengaja ke tak?

ahmad said...

kalau ter-sayang itu masuk dalam kategori 'paling'. macam tertinggi itu untuk paling tinggi, terbaik, tergemuk etc

aku terlupa ter yang itu

eh ada ye ter yang disengajakan

Amalina said...

Ada kot, macam terima kasih.

ahmad said...

terima bukannya imbuhan