oh, dah hampir pukul 5. sial betul drama ahmad albob ni, sangat addiktif sampai i terlupa waktu.
i perlu super pantas. mesti mahu berkacak2an. tahi mata? beres. ketiak? harum mewangi. deodoran gatsby atas lemari menjadi mangsa, maaflah daud. rambut? check, belah tengah tahap optimum. gigi? negatif bendasing. mulut? pehh. daud, pinjam parfum playboy. ptuih! masuk dalam tekak. isk berdebar gila i. sungguh tak keruan. ok apa lagi yang tak kena ni? cermin mana cermin? emm hensem juga i ni. catwalk seround dua. dah, beres. i tak kira, apa nak jadi jadilah. walau apa pun yang jadi hari ini i akan tegur juga susuk idaman i itu. berusahalah!
oh kimi, i merinduimu.
ok, bunyi loceng basikal menandakan kimi i sudah pun tiba. i bergegas ke luar.
oh kimi. rambut ikalmu berombak mesra dipuput bayu, mata galakmu bak pantulan mentari pada kanta pembesar; sangat indah tapi sangat destruktif, hidung kembangmu bak jambu mawar dara yang masih belum dirobek ulat, bibirmu yang tidak cukup leksikon bahasaku untuk gambarkan, pinggulmu yang tersangat erotik untuk dirungkai di sini. oh kimi.
dengan pose yang i tiru dari video kelip suju, i menegur kimi yang baru saja melintasi rumah i. kimi terus menoleh. oh kimi, renunganmu merengkuh jiwa i ke firdausi. kimi berlari2 ke arah i. tangan i didepang seluasnya untuk menyambut kimi. sumpah i rasa macam dalam slo-mo. i dah dapat fast forward kehidupan kita sekeluarga bersama anak2. cinta kita, hingga infinit.
tapi yang i sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. sambutan mesra i diterjah dengan carutan (agaknya) penuh amarah yang langsung tak wujud dalam vokab i. i tergamam. kenapa kimi bersikap begini. hina sangatkah i? selayak kilat i rewind balik, cuba mengkaji salah dan silap i tapi tetap buntu.
'woi apa bising macam celaka ni!!!'
jerkah daud yang tiba2 terjengul di pintu, juga berkacak2an seperti i, ingin bertemu marka. i masih terpaku depan kimi, menadah carutannya, penyatuan kami yang hanya dipisahkan oleh sepasang pintu pagar otomatik.
sepantas kilat daud dapat menganalisa situasi yang sebenar. tanpa mempedulikan kimi, dia berkata kepada i;
'la tak habis2la kau ni joe, buat malu aku kat jiran2 je. dia tu out of your league bai. masuk, biar aku saja yang setelkan ni'
i dengan pasrah menyusun langkah, berat hati bercampur durja, berselisih dingin dengan daud dan kembali ke dalam rumah. dengan bukaan pintu yang masih bercebis, i menyampaikan salam terakhir i pada kimi. meow!
di luar, kedengaran suara daud bertalu2 memohon maaf (sambil mengekalkan jarak selamat) dari mei yang dengan sedaya upayanya cuba menenangkan kimi yang masih menggilababi. woof! woof! woof! basikal mei hanya dibiarkan tersadai di tengah jalan. woof! woof! woof! keributan itu berterusan sehinggalah brad, anjing playboy kejiranan itu, juga merangkap bapa pada anak yang dikandung kimi lalu barulah kimi bertenang dan terus menggigel manja@gatal.
tidak!!! hati i lebur luluh. i dah tekad. tak ada gunanya seekor kucing itu hidup di dunia ini sekiranya tidak bertemankan cinta. biarlah lori sampah hijau daun pisang menghancurluluhkan sisa2 hidup i yang sudah berulat tanpa ambisi ini. tapi bukan ke lori sampah hijau daun pisang dah lalu pagi tadi? nampaknya terpaksalah i tangguh dulu niat i nak bunuh diri tu.
lagipun sekarang ialah masa untuk makan whiskas yang digaul dengan ikan kembung kegemaran i itu. meow!
14 comments:
ke joe ni jenis lady daddy? haha
k-mon joe...b taf! ok?
joe tu takde mslah pun, kimi pun adalah daripada jantina bertentangan. cuma percintaan sebegini ni agak tabu,lg2 jika memikirkan sejarah mereka berdua hehe
nama joe dan kimi telah mencelarukan imijinasi saya rupanya..
tu mmg disengajakan hehe
lain kali baca biar habis ye cik
ok. ok. ok.
+)
(kibod gile pc adik aku ni kat tempat sepatutnya ada noktah bertindih dah jadi tempat tambah haha)
sekali pandang , macam kapten hook punya senyum
aku tgk mcm membe hero monster inc nye senyum
haha..mata satu.
LOL
okey. tu je
tima kasih hehe
okey. tu je
aku baca lima kali dah woi.
heh.
LOL
wah minat betul ko ye ngn kisah cinta alternatif hahha
Post a Comment