Sep 8, 2011

eleanor

pada hujung jemari kanan Ab ada tengkorak, digorek-gorek lohong mata tengkorak itu tanpa kelumit inkuiri. jangan ditanya siapa empunyanya kerana sesungguhnya Ab sudah lupa. atau mungkin dia memang tidak tahu.

jemari kiri Ab pula sejak tadi ashik menginjak kata laluan untuk mel elektronik yang sedari tadi juga ashik ditendang. masakan memorinya sudah mengkhianati.

tatkala itu ada seekor singa keluar daripada lipatan dahi Ab yang sedikit berlubang parut cacar air, menari dansa di udara sambil mengetuk glockenspiel, mengalunkan rerambut statik belahan tengah Ab dengan liuk ekornya. sekali-sekala ada juga terpacul sedikit nahu ibrani daripada mulut si raja rimba.

Ab sedikit teruja dan tahu-tahu sahaja mel elektronik sudah berjaya dicapai.

dalam inbox ada satu mel belum dijengah. lenggok aksara yang sudah tidak asing lagi dan berakhir dengan 'maaf sayang, antara kita sudah tiada apa-apa', lebih kurang begitulah. nasib baik masih sempat.

buang mel? ya.

Ab pulang dengan senyum manis yang tidak pernah semanis ini. niat di hati mahu disambung berskype juga bertukar kata-kata pujangga filosuf peruntun hati di mel elektronik, kembali menjadi abang kepada Eleanor sayang yang kita semua boleh nampak pada skrin sudah tinggal tengkorak.

25 comments:

Wadi AR said...

lu sedih ye?

Amalina said...

bila aku baca title post aku terus teringat satu baris nama dalam satu lagu the beatles "elenor rigby"

all the lonely people, where do they all come from?

ahmad said...

hahah
adakah akan nampak gua in denial kalau gua kata tidak?

ahmad said...

amalina - lagu beatles dan ada satu lagu dalam muvi the boat that rocked yg berbunyi lebih kurang sebegini; eleanor, gee i think you're swell

setelah digugel the turtles yg nyanyi lagu tu

Amalina said...

tu elenore.ejaan title kau eleanor.

tetap mengaitkan dengan nama eleanor rigby.itu lagu kegemaran aku.

ahmad said...

hahah. ya baik cik
kalau disebut tentang beatles lagu kegemaran aku ialah happiness is a warm gun

Amalina said...

owh.ok.

mirachantek said...

#tetibe.

i wana hold your hands~~~~

yea i’ll tell you something..
ai think you’ll understand..
when i’ll say that something..
i wana hold your hand....~~~~~~

ahmad said...

oh aku suka juga lagu itu. lagu era pra-psykedelik yang menceritakan kegrandeuran cinta

hahahha

quote dari filim nick and norah

Look, other bands, they want to make it about sex or pain, but you know, The Beatles, they had it all figured out, okay? "I Want to Hold Your Hand." The first single. It's effing brilliant, right?... That's what everybody wants, Nicky. They don't want a twenty-four-hour hump sesh, they don't want to be married to you for a hundred years. They just want to hold your hand.

alien said...

napa aku familiar ngn eleanor ni ye..
aish, ta dapat recall

ahmad said...

anas - kamon brader, jarah lagi otakmu itu. sila recall

mirachantek said...

banyak makan otak udang ke?

alien said...

em. Gone in 60 Second.

http://www.youtube.com/watch?v=242ixkBIz8w

Ford GT500 atau nama lain dia Eleanor!!
peh.. patut r aku cam familiar ngn nama tu..

ahmad said...

anas - ya aku tau cerita itu. shelby nicolas cage sgt lawa, buat kereta itu jadi antara idaman aku juga

betullah nama dia eleanor hhahah
tidak terlintas langsung akan hakikat itu

alien said...

yah, dia namakan kete2 tu dgn nama pempuan.. mantap citer ni..
cage antara pelakon fav aku lah, sbb tu cam aku familiar ngn nama Eleanor ni..

ahmad said...

cage aku suka dia dulu2 je.start national treasure aku dah bosan sbb cerita tu mcm total ripoff da vinci code dgn indiana jones sikit2

ahmad said...

mira - aku yakin anas penah memention dia suka makan mi udang jadi kemungkinan byk mkn otak udang itu tidaklah boleh ditolak sama sekali

alien said...

aku suka cara dia berlakon je.. keh2
jason statham pun aku suka.. style

err.. mira, jgn percaya cakap nasyrun tu.. bile tah aku makan mee udang

ahmad said...

anas - aku rasa entri terbaru kau ada menyebut tentang mi udang. aku rasalah. hahha

jason statham aku suka era sblm dia mengambil keputusan untuk buffed up dan hanya berlakon cerita bergasak.

dia agak kool semasa berlakon cerita2 guy ritchie mcm lock stock and two smoking barrel dan snatch satu masa dulu

alien said...

pasal mee udang tu kak cho punya hal.. dia yg mensen di twitter membawa ke blog aku kirenya..

ahmad said...

walaupun aku tak kenal kak cho tu sapa tapi ia dah membuktikan bhw pernyataan aku itu tidak silap hahah

alien said...

ye anda betul, tapi aku belum pernah makan mee udang di matang itu

ahmad said...

matang tu kat mana

alien said...

taiping katanya..
tapi org cakap mee udang kuala sepetang best.. eh, kuala sepetang belah mana aaa

ahmad said...

ntah
tp ada kaitan taiping dgn kuala sepetang ni

masa belajar sejarah dulu ada
pasal rel keretapi ke pe tah