impian broos sedari kecil ialah mahu jadi batman.
bukan kontraktor lanskap dan potong rumput, bukan doktor pakar lulusan luar negara yang selalu dipetik mertua setiap saat kesepuluh, bukan pemuzik bebas dengan nama kugiran yang berunsurkan tumbuhan yang menagihkan, bukan juga pembangun sistem SAPS.
tapi batman.
maka pada satu hari, setelah mengumpan kedua orang tuanya ke satu lorong sunyi, broos menembak mati mereka. dijerit lantang penuh dendam, ternyata dia mahu jadikan perit kehilangan itu sebagai pemacunya menjadi vigilante bertopeng membanteras jenayah tidak kira siang mahupun malam.
sengaja dipilih hari hujan untuk menambah perisa dramatik itu.
tapi broos cuai, kerana ada saksi. broos diburu polis kota, dari fajar hingga fajar, memaksanya bersembunyi dalam gua. broos keluar hanya pada malam hari, siap berkostum hitam berserta balaklava juga mantel yang sedondon. gajet canggih? jangan haraplah.
sasaran pertama? 7eleven belakang kedai singse. golok sedia tersorok belakang mantel.
sasaran pertama? 7eleven belakang kedai singse. golok sedia tersorok belakang mantel.
9 comments:
broos ni tak tahu beza tanggang dengan batman agaknya
SAPS bikin aku gelak..haha. tak abes lagi bengang dengan saps ke apa ni?
hooooooooooo
kodai sengse!
nenek aku suka pegi kedai macam tu
apa tunggu!
serang je
masa dia tinggal didalam gua ketika bersembunyi dia amat kelaparan jadi dia telah makan makan kelawar sehingga genenya menjadi sebati dengan gene kelawar.hal ini telah menukar dirinya kepada batman.
owh tidak!dia bukan batman, dia bad man.
akak - aku bershukur aku bukan cikgu hahah
mira - tak tau kenapa tapi aku suka bau kedai singse
anas - serang!!!!!
amalina - maka dia telah menjadi bad bat
bad batman.
kedai singse kat nilai ni selalunya bau colok. aku tak suka. keje sembahyang je kot orang tu
haha mereka umat yang taat
Post a Comment