[untuk zsm pari-pari]
Nathan, seorang pari-pari pencen sedang melabon di atas kerusi malas sambil berkira-kira mahu turun beli Whopper.
Jika diamati betul-betul, belakang Nathan tiada berkepak. Kenapa? Ini adalah kerana 5 tahun sudah kepaknya telah digergaji Isteri yang bengang dengan skandal fornikasinya bersama teman sepejabat. Jangkitan teruk menyebabkan Nathan terpaksa bersara awal.
Sampai sekarang belakang Nathan berkudis. Pampasan? Salap penghilang gatal 4 kali sebulan cuma.
Bulu pelepah kepaknya dicerai-cerai Isteri dan dijual pada sharikat bantal, 50 pence sekati kalau tak silap. Halonya mahal sedikit. Kerana ianya collector's item [baca : tidak semua pari-pari ada], sebiji boleh cecah 500 pound di pasaran gelap.
Sambil-sambil menggaru belakang Nathan menoceng sendiri membayangkan Baby Rina yang terkangkang dalam uniform ketua soraknya. Di kaca tivi, Mawi baru sahaja menang akademi.
9 comments:
mahal jugak bulu kelepak tersebut
dah lama aku tak dengar nama bebi rina
aku sangat suka cerita kau ni.
aku nak makan otak kau pada bahagian dimana berlakunya petir otak ketika kau mengarang cerita ini, pasti sudah empuk masak dagingnya.(telan air liur sambil menjilat bibir)
wadi - oh itu sudah semestinya. kata bulu pari2, yang berhalo lagi. halo tu aku kira macam calit la haha
mira - aku terlintas pasal baby rina ni sbb aku tertgk gambar dia dlm page fb sapa tah
amalina - deskripsi yg menakutkan. mungkin kau patut tulis cerita tentang itu hahha. zombi.
aku bukan penulis fiksyen.kebanyakkan yang autulis adalah kejadian realiti.
realiti kau itu serupa fikshen ina
seteruk tu ke?aku geli ar ko tulis ina tu
eh itu adalah satu pujian ye, harap maklum
ok, aku interpretasikan kau nak kata cerita realiti aku terlampau mengarut.
Post a Comment