setelah bersunat, dahi turner tumbuh tanduk. dua tanduk, bukan satu ataupun tiga. kawan-kawan sekelas memanggilnya lembu, kambing dan juga kerbau. malah ada yang melampau dan menggelarnya iblis.
ah mereka masih anak-anak yang tidak matang, persetankan mereka. kalau kepala mereka diketuk pasti boleh dengar gema bagaikan mengetuk tin kosong.
turner sangat yakin tanduknya itu tanduk unikorn. siapa yang tentukan tanduk unikorn itu cuma satu? mungkinkah tanduk itu patah ketika bertarung dengan minotaur? siapa tahu kan.
turner sangat yakin itu tanduk unikorn kerana setelah bersunat dia pasti sudah baligh. patutnya dia lebih bijak daripada mereka semua.
tanduk turner elastik. boleh ditarik dan dibengkokkan sesuka hati, kemudian ia akan kembali ke bentuk asal. turner hairan kenapa ia dijadikan begitu. dia sudah besar, masakan dia akan gunakan tanduk itu untuk kejahatan.
maka satu malam turner membuat hajat pada ludah bintang, dan hajatnya ditunaikan.
tapi turner lupa, kuasa yang hebat perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab yang maha. turner telah menyalahgunakan tanduk barunya yang keras itu, seringkali untuk membuli rakan yang lain supaya membelikannya eskrem pedel pop pelangi.
tidak lama selepas itu, erik juga telah tumbuh tanduk. tanduk erik jauh lebih gagah dan grandeurnya lebih gah berbanding turner [bayangkan tanduk famili capra pyrenaica].
melihatkan itu tanduk turner kembali elastik dan turner membawa diri ke satu sudut yang gelap.
tanduk turner luruh 5 minggu selepas itu. kedua-dua tanduk direbus dan diratah begitu sahaja. sedap juga. pada masa itu rakan-rakannya yang lain sudah bertanduk juga.
21 comments:
turner masih
punya satu tanduk
yg elastik dan
dapat mengeras
'tanduk yg telah disunatkan'
pak lang - haha ya, itu pun tanduk juga. tanduk tumpul
pak lang - tapi itu tidak semestinya apa yang aku cuba sampaikan
truner bikin aku ingat sama hell boy lah. dan keanehan sering memburu hidup turner sebenarnya.
kejap,
erik ni siapa?
haha...aku tak sangka Kosong akan digunakan dalam situasi macam itu.
kepala anak anak yang tidak matang...hahah
aiskerim padel pop pelangi sangat enak.
aku rasa aiskerim tu telah mengecil berbanding masa aku kecil dulu.
mungkin juga dulu aku kecil jadi aku nampak aiskerim itu besar.sekarang aku besar, aku nampak aiskerim itu kecil.
makwe - erik itu ialah watak sampingan sekelas dgn turner
amalina - aku yakin pedel pop pelangi semakin mengecil bukan aku yang membesar [dalam penafian]
makwe - dia rasa diri dia sudah dewasa. begitulah ek nya seorang [bukan semua] budak lelaki yang sudah bersunat hahha
macam mana pun aku suka 'kosong' itu.kepala anak anak tidak matang. hahah
aku tak tahu nak bagi markah macam mana dah. tapi banyak lah..banyak sampai tak buleh kira
bila aku baca komen pak lang, aku.......
ah sudahlah
aku yakin kau tidak pernah membesar.makanya sememangnya aiskerim padel pop mengecil bagaikan benjamin button.
mira - sesungguhnya tanduk itu bukanlah diniatkan seperti interpretasi pak lang tu. mungkin dia fikir begitu apabila ada part bersunat, sungguh kotor pemikiran beliau hahah
ye. fikiran aku yang asalnya suci ini telah dibirukan
amalina - yakinlah aku membesar juga, tp di bahagian perut haha
mira - sila klorok kembali fikiranmu. kalau bolehlah nak tanggalkan nila tu
kahkahkah
tp interpretasi dari aku
tu masih agak berselindung
dan tidak terlalu bogel
maaf, aku cuma mempergunakan
part bersunat tu dalam meluahkan
komen aku...haha :p
pak lang - ya aku tahu. aku lg suka org memberi interpretasi berbeza sbb tula aku buat ceritanya tak direct
gua lambat lagi. maaf bro
wadi - haha sesungguhnya aku tak paham kenapa kau perlu memohon maaf
kerana aku
seorang yg bersopan
santun sebenarnya
hahaha
pak lang - aku pasti kau begitu haha
Post a Comment