Sep 15, 2011

gugur!

migren aku berkadar langsung dengan migrasi keluar pelabun gelap yang menyenggeng atas kepala. makin mencucuk makin mewahlah kehilangan. satu-satu ghaib entah ke mana, berdikit-dikit sehinggalah yang tinggal cuma satu bonjolan tandus yang memantul matahari.

maknanya migren aku sudah memuncak. aku ke hospital.

rupanya, pelabun semua bergumpal-gumpalan dalam otak [ke situ rupanya kamu], mengambil bentuk anak-anak kecil tiada bermuka, yang berbogel kecuali secebis kain batik yang menutupi anu. berlari, juga bercanda. sekejap kencing, sekejap berak. 

dalam benak aku.

47 comments:

Selamber Rock said...

kenapa kain batik diboldkan?

ahmad said...

koq - mcm biasa, esimen dari citah.

sila buat karangan yang berdasarkan kain batik

entri sebelum2 ni pun sama juga

Selamber Rock said...

peh..byk betul esaimen yg dia kasi...gigih la kau..

ahmad said...

koq - hahah, tak gigih mana pun. kalau gigih semua cerita power2

Selamber Rock said...

maksud aku, kau gigih siapkan esaimen yg dia kasi..kehkehkeh..

ahmad said...

takde benda nak dibuat, belasah jela

makwe joni said...

penggunaan kain batik yang sangat diminimakan

oh..ada juga selit menyenggeng dalam situasi yang tak tersangka kan


haha



A !

ahmad said...

citah - terima kaseh chekgu. semua layan A je ni, konfem dean list ni.

sbnrnya menyenggeng tiada dalam kamus, aku dah check hhahah

ahmad said...

oh aku silap. mmg ada.

sumber: kamus dewan edisi keempat dan laman web prpm.dbp.gov.my

makwe joni said...

koq..dia yg mintak esaimen ni suma..ya, dia juga gigih.

apasal aku tak jumpa menyenggeng ni lagi ye..

ahmad said...

cari senggeng

Amalina said...

aku tak tahu kenapa aku bayangkan kau melahirkannya melalui mulut sehingga terkoyak mulut.

alien said...

lepas ni boleh tukar title tu kepada 'alasan untuk kerajinan'

makwe joni said...

tapi apasal maksud dia lain?

senggeng yang aku tahu merujuk kepada kondisi dagu ke mulut ja sebenarnya

ahmad said...

amalina - haha maka cerita ini akan jadi sungguh seram, buat aku terbayang cerita misteri rumah tua lakonan noor kumalasari suatu masa dulu

anas - err apsal

makwe tua - maksud dia senget [kalau tak silap], jadi menyenggeng bagi aku ialah melepak sambil duduk senget dgn cara malas

Amalina said...

noor kumalasari..ermm..aku dah banyak kali dengar nama dia tapi aku tak tahu bagaimana rupanya..aku malas nak google pada saat ini.

ahmad said...

amalina - noor kumalasari ialah calon terbaik utk jadi hantu dalam apa2 filim pun. cerita misteri rumah tua di mana dia beranak ikut mulut mmg power walaupun tak lepas utk ditayangkan. aku hanya melihat kronologi kelahiran itu melalui gambar di dalam majalah, itu pun sudah cukup membuat aku seram haha

Amalina said...

aku tak tahu pula ada cerita melayu yang seram..

ahmad said...

amalina - awal 90an dulu ada byk, plg glamer misteri rumah tua dgn rahsia

alien said...

ler, ko kan rajin buat rekues citah..

klohv said...

yeah,aku rasa menyenggeng tu macam yg ko bayangkan tu,duduk menyenget macam patah pinggang.

kamu memang ada migrain ke?

ahmad said...

makhluk - ah ye. rajin melunaskan rekues citah haha

makwe joni said...

esaimen lah..esaimen

ahmad said...

wallflowe - kepala aku kdg2 ada juga sakit, tapi aku pikir itu bukan migren. cuma eksesif tido hahah

kawan2 aku ramai yg migren ni. puncanya tekanan kerja juga paranormal

ya, duduk menyenget mcm patah pinggang

ahmad said...

makwe muda - ya esaimen

makwe joni said...

ye..'esaimen'
saya tahu encik

ahmad said...

maka silalah buat 'esaimen' anda

makwe joni said...

ye..baik lah encik...
malam karang lah ye...
esok ke
lusa ke
tulat ke
lalalala

makwe joni said...

ye..baik lah encik...
malam karang lah ye...
esok ke
lusa ke
tulat ke
lalalala

alien said...

ok, aku jadi makhluk skang
har3

Wadi AR said...

alaaa, lambat gak nak komen

ahmad said...

anas - bukan kau mmg dah ke haha

wadi - ya lu lambat gile komen

Wadi AR said...

aku exam la syun. tak dan nak buka blog. wuiwuwiu

ahmad said...

wadi - oh exam, semoga berjaya. istilah exam tu sangatlah zaman jurasik bagi aku

Päk Läng said...

bukankah

senggeng

atau

menyenggeng

tu merujuk

pd posisi

baring mengiring

dgn tgn menongkat kepala?

ahmad said...

pak lang - itu pun boleh juga, asalkan tidak duduk secara tradisional

klohv said...

tak habis2 dgn menyenggeng lagi ke?
senang cerita,tgk je patung Buddha kat Tumpat tu.Itulah definisi menyenggeng.

ahmad said...

wallflower - hahhaha ya

mirachantek said...

otak kotor....

ahmad said...

mira - pada masa yang sama juga bersih sbb berbentuk anak2 kecil hehe

Päk Läng said...

*bersila* ?

mungkin juga

*bersimpuh* ?

ahmad said...

pak lang - kau dah terlalu gigih memikirkannya. apa2 pun boleh, asalkan pelabun2 itu ada di atas kepala

Päk Läng said...

ok

pelabun

aku tak tau

ahmad said...

pak lang - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=labun

Päk Läng said...

Oowh

bercakap2

rupanya

terima kasih

power jugak perkataan nih!

ahmad said...

pak lang - perkataan ni aku tau dari tukar tiub hahah, cuma ejaannya labon, bukan labun

Päk Läng said...

Oowh...haha

hisyam mmg selalu

guna bahasa yg org

lain jarang dengar dan cakap

tp bila perkataan tu bercantum

jadi satu ayat...mmg power rupanya!

hahaha :)