"ini bukan cauvinism pakcik, ini cuma perihal haijin. pakcik tau? haijin?"
ialah teguran maniam pada bau badan pakcik rosham.
pakcik rosham yang basah ketiaknya berjalan dengan tangki oksigen tidak pernah gagal tergalas di belakang. galasan yang bukan atas faktor kesihatan tapi lebih dipacu paranoia, juga eksklusiviti. baginya, udara yang terkurung ialah lebih suci daripada udara yang bebas dan dikongsi.
pakcik rosham mendengus dan terus beredar, terbongkok-bongkok dengan beban pukal yang menjerut pinggang yang makin uzur. dari belakang maniam perasan pakcik rosham memakai sepatu serupa dengannya.
16 comments:
pasti beli di kedai kasut sabakrodin kan. harga 59.90 ringgit je. tu pun ada diskaun 70%....kan?
haha...
pakcik rosham konon menteri
tak mahu setaraf dengan maniam a/l muniandy
mira - 90% bukan 70 hahha
makwe - keTuanan
keTUANan atau keTUAnan atau KETUAnan
hahha tiga2 ialah relevan
yeah...TUA yang selalu diangkat menjadi KETUA dan merasa diri sebagai TUAN
makwe - yang itu aku akan Like dan +1
wow! terima kasey!
*pergi terharu*
manusia kan 'sama'
paklang - YA
kalau sepatu sama,kena compare lah who wears it better.
wallflower - totally
hebat. aku juga mahu shopping di kedai kasut sabakrodin
mira - silalah tapi jgn terkejut jika setiap org ketiga kau jumpa, orang itu akan menayang sepatu yg sama
haha. itu trend!
dayya - ya hahah. trend ataupun apabila membeli di fos atau reject shop
Post a Comment