Sep 26, 2011

nisbi

Ada satu partai maskered di rumah agam atas bukit sana. Pengunjung diwartakan memakai topeng watak pilihan dari filim kegemaran. Aku pakai topeng Scott Pilgrim. Gua Trevor Reznik. Evey Hammond itu Saya, yippie!!

Di dalam ada beberapa orang yang jadi Mark Renton. Ada kelibat Winston Wolf dan Marv juga. Saya perasan Allison dan bandmet Munchausen By Proxynya dalam uniform kuda laut, yay!! Tadi Gua nampak Nora Zain, dan juga rambut Clementine Kruczynski. 
[cuma Dia sahaja bertopeng putih tanpa identiti, dia kata itu topeng Nisbi dari filim Realitet. Kami semua melopong tidak tahu kewujudan filim itu dan segera mahu bertanya tapi dalam masa 100 desiseken saja Dia sudah dihambat hos.]
Usah ditanya mengapa tiada dansa, tiada projeksi ke perut di partai ini sebab kami sebenarnya tidak peduli. Kami sudah penat ber'jimba' sesama mamalia di dalam komuter petang semasa pulang dari kerja tadi. Kami semua duduk sahaja - betul-betul duduk, tiada berbual dan bersosial, hanya memandang ke timur menunggu fajar mengerling. What a party!!

Namun yang ditunggu tidak juga tiba kerna dengarnya matahari sudah diperangkap Morpheus dalam labirin mimpinya.

14 comments:

maCy said...

okay. tak penah dengar juga.

venus said...

mohon matahari guna GPS lain kali.

makwe joni said...

1- wow!


2 - kelihatan ada pengaruh kami benci naik komuter di sini

makwe joni said...

okeh. lupa rait.

ahmad said...

macy - sebab filim itu belum ditayangkan dan kita boleh tentukan topeng muka itu bagaimana, tidak didiktat oleh apa2 pun kecuali diri kita sendiri

venus - gps dah cair cik hehe

makwe - ya mmg terpengaruh sbb walaupun kampung aku takde komuter tapi aku juga pernah melalui zaman2 itu walaupun tidak sekerap encik bebola

mirachantek said...

adakah aku sorang saja yang tak tahu filim soctt pilgrim tu apa?

ahmad said...

mira - aku rasa ramai yang tak tahu sbb cerita tu tak keluar pun wayang sini

Amalina said...

rasanya seperti acap kali kau mention nama nora zain.aku andaikan dia adik kepada anuar zain dan ziana zain yang tidak glamer.

ahmad said...

amalina - maher zain?

mirachantek said...

maher zain adalah saudara persemendaan

ahmad said...

mira - persemendaan itu apa

Amalina said...

amira memahami, difahami dan memahamkan.

mirachantek said...

saudara persemendaan itu adalah saudara yang connected melalui perkahwinan.

macam anak buah pakcik sebelah bini dia punya kot maher zain tu

ahmad said...

mira - hehe ok. noted