Sep 20, 2011

hari jadi

sepanjang perjalanan pulang dari pejabat, sarah hanya tersenyum seluasnya mengantisipasi sambutan hari kejadian yang dirancang oleh sahabat handai, namun yang menantinya hanyalah tompokan darah dengan daging berlubang. [sini]

sarah terjelepuk longlai hatta pintu dibuka.

&&

mereka kata mereka sanggup berikan apa sahaja yang termampu untuk menambah letupan bunga api dan kerdipan bintang pada malam banalnya.

maka tengkorak daniel tapi dengan hidung rahul, mata biru edward dan tulang pipi kurt, otak burhanuddin al-helmy, pek enam tengku imran syah, lengan kamarul, kaki syafiq, kulit dong-hae dan rambut blonde jason.

segala peralatan sudah sarah sediakan. ingin dihidupkan jasad lelaki sempurna itu dengan panahan lintar.

16 comments:

alien said...

Frankenstein kah?

ahmad said...

anas - ye hahah. yang kacak

mirachantek said...

aku selalu juga fikir begini.

ahmad said...

mira - aku tahu haha

Päk Läng said...

jehan miskin

tak telibat sama?

hahaha

ahmad said...

pak lang - haha boleh juga. nak letak nama apa pun boleh. patutnya aku suruh fill in the blank je part nama tu

makwe joni said...

otak burhanuddin al-helmy sudah cukup..amat cukup.

ahmad said...

makwe - tapi org jenius selalunya sedikit mereng dan kekok bersosial. kamu mahu?

makwe joni said...

burhanuddin al helmy sudah buktikan dia tidak mereng dan tidak kekok bersosial. lain lah kalau kau merujuk pada satu fakta sejarah sahaja bhoi

makwe joni said...

ok. lupa nak rait lagi, makanya aku perlukan otak burhanuddin al helmy

ahmad said...

makwe - kenapakah kau sgt pasti aku merujuk pada burhanuddin al helmy yang ITU? aku memodelkan watak itu pada salah seorang kawan aku masa sekolah dulu

makwe joni said...

Burhanuddin Al Helmy itu saja yang aku tahu bhoi...

Burhanuddin yang ayahnya sentiasa senyum

ahmad said...

makwe - nama pun Fiksi, BHAI

makwe joni said...

haha...lagipun kebetulan baru sahaja membaca sejarah rigkas Burhanuddin AL Helmy

ahmad said...

makwe - patutla kerek hahha

makwe joni said...

kerek? siapa?