surprise!!!
jerit mereka hatta lampu chandelier dinyalakan. sejurus sebelum tubuh masing2 dirodok peluru yang bertempiaran. picu yang ditekan tanpa ritma profesionaliti, hanya dipacu gelojohan mentah yang menyerlahkan kecuaian.
bang! bang! bang!
derum komposisi impromptu itu meluntur seiring dengan bunyi 'klik' bertubi yang menawar, dan akhirnya ghaib dalam cemuh asap dan darah. sepantas itu ia mula, sepantas itu jualah ia tamat.
'klik' yang terakhir dan masa seolah2 mati dengannya.
muka sani, si polis rookie pucat lesi. tangan kanannya masih terketar, petanda rasa kaget yang masih bersisa.
keadaan itu berterusan sehinggalah sani dikejutkan oleh deringan telefon bimbit. oh, lagu the strokes, what ever happened. sani memadamkan lampu dan melangkah keluar, membiarkan telefon yang masih menari dalam gelimpang daging di atas lantai, lalu memandu ke mekdi.
menyambut harijadi berseorangan dengan hanya bertemankan set besar burger suku paun berserta keju air ribena adalah sangat patetik. maaf teman2. terharu juga dia mereka boleh ingat. betul, dia memang bukan sengaja. seingat dia, pintu rumahnya memang sentiasa berkunci. paranoianya imortal dan sering merajai lojiknya, itu yang membolehkannya menjadi polis yang cekap.
tetapi ternyata menjadi polis adalah satu kesilapan, memberinya pistol adalah satu jenayah.
sambil santap, sani menonton kembali siaran ulangan kejadian tadi. satu-persatu, bagaikan tayangan sinema.
ah sial sial sial sial sial. bila masa pula rumahnya ada chandelier?
mungkinkah.....
telefon sani berbunyi, ada mesej daripada maxis. sebagaimana tahun-tahun sudah, mesej ucap tahniah yang pertama dan terakhir akan sani terima sempena hari itu.
&&
tombol pintu yang memang sengaja dibiar tidak berkunci dipusing. sarah masih tersenyum selebarnya. tangannya menggagau suis lampu chandelier, bersedia untuk kejutan yang dirancang...
12 comments:
ape da ribena.
tak kool langsung. lagi baik vico, ovaltine ke, oligo koko ke...
set besar burger keju & air ribena.
aku tak rasa ia menu yang patetik sebab menu itu pernah membuatkan aku gembira pada setiap bulan, 6 tahun yang lalu.aku setia pada menu yang sama selama hampir dua tahun.
sekarang,menu aku dah tukar.
ayam goreng mekdi(spicy).
mira ~ semua tu tak ada kat mekdi cik
amalina ~ patetik hanyalah apabila berseorangan, pada harijadi kau pulak tu hehe. ayam goreng mekdi aku tak pernah makan tapi aku agak suka spicy ciken mcdeluxe
pesan saja milo. itu yang terdekat.
aku tak pernah suka milo.
sebelum aku tkr menu kpd ayam goreng mekdi spicy, aku pilih spicy chiken mek dulak jugak.kwn aku berjaya pengaruhi aku.
btw, aku tak tahu kenapa aku selalu pandang org yang mkn seorang diri nampak kool berbanding patetik..terutamanya laki yang mkn seorang diri, nampak misteri di mata aku.
betul juga. lepak ramai2 pun kalau masing2 sembang dgn laptop tak guna juga kan.
tp bg aku acara solo ni ada 2 jenis; yg memilih utk berseorangan atau mmg tiada pilihan
yang tiada pilihan tu adalah sgt menyedihkan
aku pilih yg memilih utk berseorangan
hahaha
mira ~ milo air yang mahal. ada juga orang yang tak suka milo ye. aku suka juga milo tapi aku lebih prefer teh atau kopi. bergantung pada kuasa imperialis mana yang tengah 'menjajah' aku masa tu haha
alien ~ aku pun nak pilih yang tu juga tapi aku selalu terjerumus dalam pilihan yg tiada tu
tapi seringkali aku juga terjerumus dalam situasi kedua tu.. peh, namun secawan kopi sungguh mengilhami...
haha memang. lagi2 kalau tengah hujan lebat. fuhh
ok sarah. what is ur next plan?
sarah tu aku ada terpikir gak nak, pe kata orang, 'kembgkan karakter' nya tp buat masa ni takde ide lagi hehe
Post a Comment