kimutaku, si kucing belang sudah khatam berenang dan selam skuba. akhirnya dia sudah boleh berdikari, memburu makanannya sendiri. hari itu pagi2 lagi dia sudah bersiap, lengkap dengan peralatan skuba, 'menumpang' bot lim goh teng, ingin ke lautan lepas.
bot berhenti, dia pun terjun, dengan penuh teruja. pasti dapat banyak ikan.
ikan memang banyak tapi kimutaku tergamam. dia jadi gerun, badannya menggeletar tanpa henti. tidak, ikan yang pernah dimakannya tidaklah sebesar dan sepantas ini, masakan boleh dia terkam. mangsa paling besar dia pernah belasah pun lipas saja. entah2 dia yang kena baham nanti.
lagipun macam mana dia nak makan sedangkan mulutnya ditutup dengan alat pernafasan? tujuan utama dia belajar semua ni hanya untuk memuaskan ketamakan semata. sebagai seekor kucing domestik dalam sekumpulan kucing domestik lain bernama george, julian, rivers, scarlett dan elena, berkongsi adalah lumrah. makan dalam laut tak perlu kongsi.
akhirnya setelah puas 'menikmati' pemandangan lautan yang menenangkan, kimutaku kembali ke bot. ternyata pengembaraan hari ini hanyalah untuk membogelkan inferioriti kimutaku sebagai seekor kucing.
bersambung...
13 comments:
nak jugak selit nama elena tu
o yeah!
ada apa dengan elena?
alah kimutaku, kau tangkap dan goreng lah di rumah. heheh
elena tu nora elena la hua hua
goreng di rumah kena kongsi dengan kucing domestik lain. kimutaku kan serba tamak
makan mentah saja di pantai.
otak cetek
kalau ikut lojik mmg banyak jalan penyelesaiannya tapi macam biasala sudah terhantuk baru terngadah hehe
kuriositi kills
ok ini bukan soalan cikgu [baca:soalan yang dah tahu jawapannya tp cuma nak menduga murid]
kenapa kuriositi kills the cat? kenapa tak rat atau bat, sekadar contoh
mungkin mahu guna aliterasi bunyi 'k' tu.
lagi satu mungkin sebab sifat kucing tu sendiri yang mengikut kajiannya memang kurios.
kot.
aku tak tahu la
memang kurious kot. tu yang kalo kau goyang2 benda depan dia laju je nak terkam.
kalau aliterasi k, 'cow' pun boleh tapi macam tak kena pula sebab lembu kurang aktifnya
boleh la tu. kira solve la
hehe
ha ye la tu.
cow = coward.
tak sesuai langsung nak di jadikan idiom.
hehe
sangat setuju.
Post a Comment