Jul 17, 2011

apung


orang kata awak arsonis, seorang pyromaniak. saya tidak setuju. hanya kerana sayap awak ni menyambar kesemua dalam laluannya, termasuklah bekas temanita awak, tidak bermakna awak menyokong pembakaran terbuka kan. sayap ni awak kata matahari yang hadiahkan. dia kata dia bidadari tapi awak tahu dia matahari. awak tahu dia matahari sebab awak pernah menari dengannya. hasilnya ini, ergh sangat grotesk. itulah sebabnya awak seorang vigilante yang bersut getah penuh satu badan dan bertopeng.
awak nak tahu, ni saya tak pernah beritahu orang lain, tapi saya akan beritahu awak sebab awak istimewa, macam saya. lepas awak menari dengan matahari saya pun rebus dia dan buat makan malam, tu yang saya tidak terkesan dengan sayap api awak. sembelih? saya dah lapar sangat masa tu, kira daruratlah kan. kita ni di tingkat 85, cuaca pun elok hari ini, walaupun tak ada matahari. sekarang saya nak sayap awak tu. macam mana awak nak turun? terang dan meriah, macam ni.

19 comments:

mirachantek said...

...

malas komen. ngantuk.

lol

Amalina said...

takpe,saya turun guna lif, takpun tangga kecemasan.

ahmad said...

haha, itu pun boleh juga

ahmad said...

mira ~ ngantuk tapi dan lagi untuk tulis ngantuk haha

mirachantek said...

aku masih ngatuk.
bahana danced all night.
sudah slept all day tapi masih mengatuk.

huuuaarrrgghhhhh
[menggeliat sekalian]

ahmad said...

danced all night? wahh anda sangat hedon. lol

pasti bahana urbanscapes bkn

mirachantek said...

yeah.
perkara ini [hedonistic lifestyle yang aku adapt barang sekali sebulan] buat aku lupa dunia.
tenggelam sudah dalam noda.

ini...tidak bagus.

ahmad said...

tenggelam dalam noda? bahaya betul. bunyinya macam ayat2 klise bahagian luahan perasaan dalam harian metro haha

mirachantek said...

yah. mungkin aku sudah terpengaruh dengan bahasa tabloid.

kedengaran dramatik bukan?

LOL

ahmad said...

sangat.
hahhaa

mirachantek said...

yah. itulah yag dimahukan.

objektif tercapai.

ahmad said...

soalan objektif, tutup mata dan tembak sahaja hehe

fa-in said...

oh,bicara apa ini. knp sy kurang faham. +.+

ahmad said...

secara ringkasnya, ada seorang super hero yang bersayap api dan ada org jahat yg nak rampas sayapnya itu. last sekali hero tu jatuh terbakar dari bangunan 85 tingkat. tamat

haha

fa-in said...

ohh begitu. tq utk xplanation. haha.

adakah anda seorang penulis novel. lagaknya iya bila dilihat dr stiap entries.

ahmad said...

haha aku tak cukup hebat nak jadi penulis. merapu aku retilah. rapuan dari imajinasi sewel

ahmad said...

byk org menganggap belog semacam diari. aku tak boleh sebab kehidupan harian aku banal je, tak menarik untuk penceritaan.

namun aku tetap nak menulis jadi jln plg dekat tulis fikshen la hehe.

fa-in said...

tak pe. ada bakat berbanding aku. :D

ahmad said...

walaupun aku rasa ni bkn bakat tapi terima kasih hehe