apa khabar kamu sekarang? sudah sebulan kita tidak bertemu bukan?
lama sudah kita kenal. malah sedari itu tatkala berjumpa, mata kita tak pernah gagal untuk bertemu. kita menyenggama, kita menoceng, kita berbaju, kita bertelanjang. tangis kita berdua, tawa pun kita berdua. kita kawan baik, malah berkemungkinan besar bercinta. yang aku tahu kita obses antara satu sama lain.
selalu juga kamu mengintaiku di kala orang tak melihat. di pasaraya, pejabat mahupun tandas. nakal kamu, semacam stalker. namun aku suka kerana aku juga ingin melihatmu.
sebenarnya, aku tenang hidup sebegitu.
cuma itu cerita lama, di kala aku masih naif. aku yang baru ini mahu bebas, mahu lolos dari belenggumu. seperti kamu, aku juga sudah dewasa. aku rimas dikongkong perhubungan yang tidak pasti.
maka malam itu apabila kamu sudah lelap, perlahan2 aku seret kamu ke duniaku dan tinggalkan kamu di sana; dunia fragil yang sudah aku beraikan, dengan siku.
ipadmu? kekasihmu? pekerjaanmu? jangan risau, aku menjaganya sebaik kamu menjaganya. lagipun aku kan doppelgangermu, cuma aku kena biasakan diri lagi menggunakan tangan kanan.
10 comments:
kenapa hanya 1 bulan?
kenapa tak 1 tahun 1 bulan 1 minggu 1 jam 1 minit 1 saat 1 detik?
sebab sebulan ialah tempoh paling afdhal, sedap2 tak lebih tak kurang, untuk merindui seseorang yang kau baru saja buang dalam labirin dimensi tak berpenghujung.
aku rasalah
oh...kidal...
kalau kau sedar dah sebulan berlalu bermakna sebenarnya kau mengira hari-hari sebelumnya.bermakna, kau sebenarnya sudah rindukannya hari-hari dalam tempoh sebulan.
mira - :). ialah kidal kerana...
amalina - ya betul tu. sebenarnya dalam denial. kalau mengaku hari2 nampak sangat kodinya
kerana....... ? ?
oh..tak klik polo komen rupanya
kerana 'aku' yang kidal sebenarnya hanyalah personifikasi di dalam cermin, secara literalnya.
'aku' yang dihidupkan oleh sifat narcissistik 'kamu' yang peng'kanan'
err, ini adalah agak twisted rasanya
oh. rasanya aku paham
hehe bagus, tapi aku rasa kalau tak terangkan pun kau mmg paham kan
Post a Comment