Jul 14, 2011

lestari

[ini mungkin karya plagiat kerana saya mendapatnya daripada perasaan dejavu bukannya melalui mentol imajinari yang muncul atas kepala lalu ia bernyala dan mengeluarkan bunyi ting seperti bunyi ketuhar gelombang mikro seusai memanaskan piza sejuk malam tadi]

farhan
farhan sangat mencintai nurul ain. dia baru saja dapat tahu nurul ain tu lesbian. tanpa berfikir panjang, farhan pun pergi menjalani pembedahan, dan bertukar menjadi ayu farhana cleopatra.

nurul ain
nurul ain seorang lesbian tapi itu ternyata hanyalah kuriositi nakal dari jiwa quasi-liberalnya. satu hari, nurul ain disapa ayu farhana cleopatra yang elegan. maaf saya lurus, nurul ain merejek dengan sopan.

farhan dan nurul ain
nurul ain sudah berlalu, memeluk erat lengan sasa kekasih baru. ayu farhana cleopatra terjelepuk di sisi pevmen. air matanya perlahan2 jatuh; dari pipi, ke halkum, meniti leher dan pantas sahaja kering sebaik memupuk asfalt.

tiba2 air membuak keluar dari segenap celahan asfalt. dengan sekelip mata ampang sampailah ke cheras sudah tenggelam. aneh, seolah2 alam dapat relate dengan frustasi ayu farhana cleopatra. malang ayu farhana cleopatra, dia tidak reti berenang. untunglah terjun seorang pria untuk menyelamatkan.


hai saya farhan, sapa pria kacak, rambut masih tersisir rapi.
hai saya, err... nurul ain.

14 comments:

mirachantek said...

whoah.

takdapat nurul ain, sendirik jadi nurul ain ye

makwe joni said...

jangan-jangan farhan pun sebenarnya farhana

makwe joni said...

ish..lupa lagi !!

[ klik polo komen ]

Amalina said...

HARAF MAAF.

KOMEN INI HANYA BOLEH DIBACA OLEH MEREKA YANG TIDAK MENGALAMI KRISIS KECELARUAN GENDER.SEKIRANYA ANDA MAMBACA PERINGATAN INI, SILA BALIK KE PANGKAL JALAN UNTUK MEMBOLEHKAN ANDA MEMBACA KOMEN YANG SEBENAR.

ahmad said...

mira ~ yg penting farhan kena bersama nurul ain haha

citah ~ oh kalau camtu plotnya akan menjadi semakin serabut. atau mungkinkah farhan baru itu ialah nama sebenar nurul ain kerana nurul ain sebenarnya ialah lelaki. omaigod haha

amalina ~ oh, di sini rasanya tak ada yang mengalami kecelaruan gender jadi semua boleh baca. adakah ini perlu di pass ke 7 orang dalam masa 7 hari jikalau tidak akan ditimpa malapetaka?

Amalina said...

tak perlu kot.encik pergi kaunter 4, tanya pegawai di sana untuk buat pengesahan.

ahmad said...

tapi kaunter 4 kata bukan di situ. aku kena pergi tingkat 8, ambil borang, hantar ke tingkat 15 untuk pembayaran. akhir sekali baru turun G, untuk pengesahan di kaunter 2.

mirachantek said...

proses yang melecehkan....

ahmad said...

biasalah tu, gomen.
ia adalah berdasarkan kisah benar di pejabat mbsa suatu masa dulu hehe

Amalina said...

rasa seperti bola yang dipass-pass dari satu pemain ke pemain yang lain.
bukan aku, cuma menyelami hati makcik-makcik yang meguruskan masalah perceraian akibat suami yang meninggalkannya kerana kewujudan perempuan lain.

p.s: aku tak berapa gemar bila komen aku panjang bagaikan cheese pada piza yang ditarik tapi tidak putus-putus.

makwe joni said...

sebenarnya aku memang dah terfikir sampai macam gitu, tapi aku tak mahu cerita awal-awal..sebab nanti nampak sangat aku fikir secara meluas...kah3

ahmad said...

amalina ~ piza...hmmm (bagai homer simpson meng'hmm'kan beer)

citah ~ macam tu pun bole ke cik hahha

makwe joni said...

nama pun subjektif ye dak? kihkihkih

ahmad said...

agaklah hehe