Jul 13, 2011

perihal novel melayu

baru saya tahu, novelis kegemaran saya masa sekolah dulu, ahmad patria abdullah, dengan fantasi heptalogi saga artakusaid nya yang pernah mempengaruhi saya untuk menulis novel fantasi (yang sudah terencat) selepas spm dulu adalah anak kepada sn abdullah hussain (ala yang tulis interlok tu)

kepada yang tahu : sampai sekarang jundak, si pemedang kidal yang ambidextrous adalah antagonis kegemaran saya. yeah!

10 comments:

mirachantek said...

oh. saya tak tahu jundak tu siapa.

ahmad said...

oh kalau anda tidak pernah membaca saga artakusaid anda tidak akan kenal siapa jundak itu hehe.

cerita ni tak silap aku buku firstnya masa aku sekolah rendah. masa tu kau takde lagi kot hehe

makwe joni said...

pehh!! power ah!

ahmad said...

oh dia memang power

mirachantek said...

dah sah2 la aku tak lahir lagi kalau waktu kau sekolah rendah

ahmad said...

haha tau takpe. tapi citah rasanya dah lahir masa tu. ops! hahah

alien said...

dah baca imam!!
best

ahmad said...

imam tu sn abdullah nya buku kan.

selepas sekolah sampailah sekarang [percayalah jangka masa tu sangatlah lama] aku baru baca 3 saja novel bahasa melayu; tuhan manusia dari faisal tehrani, cekik dari ridhwan saidi, dan pecah dari ridhwan saidi.

percayalah juga aku pun tak berbangga dengan fakta tu.

err..

DaRk said...

jundak si antagonist, tp berkarektor seorg hero..i loike oso
trivia: ada buku ke 7(or 8?) selepas petua azkram..tp xpnah jmpe lak..
*ttiber trase bertmbah nerd..

ahmad said...

dark - wah tak sangka ada gak org tahu, nampak sgt kau pun org lama2 jugak hahha

last buku nombor 6 pedang aurora, petua azkram nombor 4 rasanya. ada buku nombor 7 keluar 2,3 tahun lepas tp aku tak sempat beli pun, sampai sekarang aku tak tau nak cari kat mana