Jul 13, 2011

bulan

saya dikejutkan oleh salakan anjing yang membingit, senantiasa begitu. fobia agaknya. rasanya macam sudah lewat dinihari.

sepertimana hari2 biasa, setengah jam pertama pasca transformasi hanya tertumpu pada proses penyembuhan sendi yang tercopot, tulang yang patah riuk, urat yang tunggang-langgang, organ yang tidak tertampung, serta cucuk migrain yang mengganda, bisa meletupkan kepala.

dengan hanya berspandex hitam ekstra elastik anti-koyak paras paha tidak berbaju, saya terlantar di celahan semak di sebelah sebuah hotel bajet. masakan nak duduk, nak angkat jari pun takkan mampu. beginilah keadaannya seusai malam bulan penuh.

spandex hitam ekstra elastik anti-koyak paras paha ini memang ditempah khas untuk okasi sebegini kerana pengalaman mengajar segala2nya.

ini cerita bertahun sudah :
ketika itu, tanpa sempat berpakaian, saya telah dikejar oleh seekor german shepherd (yang gay, keliru, atau memang super horny). barangkali feromon yang masih bersisa telah merangsangnya. menggagau saya bertempiaran, tanpa dihirau anggota tubuh yang bebas lepas, tiada peduli terang atau gelap.
sehinggalah saya tiba di depan sekumpulan gadis kilang yang sedang menunggu bas mahu memulakan syif.
saya, terpaku sendirian di tengah asfalt (panik menyebabkan saya tidak sedar anjing itu dah lama semput), seribu mata menumpu. hembus bayu fajar menggoyang sesuatu di bawah sana. sejuk. ah sial.
apa lagi, huru-haralah hentian bas tu, pekik lolong segala. rasanya satu pekan tu mengejar saya. tua, muda, tak kira usia. masing2 mahu menjadi wira di mata si dara.
tapi saya lincah, saya tangkas, saya atletik. segenap ceruk pekan itu kudrat saya dijarah tapi saya lolos jua, walau dengan dahi terpacak pisau rambo dan sebelah buah pinggang hancur dek peluru tabur.

jadi secara teorinya, jikalau saya tertangkap lagi dalam situasi sebegitu, apabila dengan berspandex, keadaan tidaklah akan bertukar sedahsyat itu. saya boleh saja mengaku tengah joging, misalnya. walaupun agak janggal kerana tidak berbaju dan berkasut, tetapi sekurang2nya tidaklah serta merta dicop penyumbaleweng atau flasher mahupun perogol bersiri lalu dihambat dengan golok juga kereta kebal.

mual menggunung apabila kuantiti yang masuk tidak lagi dapat ditampung kapasiti perut saya pada saiz normal. saya muntah semahu2nya. menguis sisa2 jeluak saya sendiri, saya terjumpa tiga potong jari, sedikit rambut dan cebis2 tulang. aroma yang mencucuk pantas mengemplifaikan teruja dari tekak ini.

akhirnya perit pedih sudah kurang perisanya lalu saya bangkit dan meletup2kan leher juga pinggang. badan sudah seperti baru tapi rasanya perlu disamak dahulu. dengan badan yang ditutupi baju hujan dari tong sampah hijau, saya bersiul2 pulang. rasanya mahu ponteng kerjalah hari ini.

18 comments:

Amalina said...

saya?(sambil angkat sebelah kening)

ahmad said...

hehe fikshen semata cik.
jangan terpedaya dengan 'saya' tu.
saya tu mungkin boleh jadi rama, evan atau chong wei

Amalina said...

owh, ok.

ahmad said...

:)

mirachantek said...

saya rasa nama 'saya' itu yaakob.

ahmad said...

oh
seperti biasa cik mira memang tajam haha

mirachantek said...

kebetulan saja tu

ahmad said...

bak kata summer dalam 500days of summer 'mana ada kebetulan dalam dunia ni'

kalau tak silap aku lah hehe

mirachantek said...

yah. cerita tu agak menarik bagi aku.

well, kebetulan kalau dilihat secara deep akan jadi takdir.
pada aku la.

ahmad said...

yap takdir, itu aku setuju.

ya cerita yang ada zoey deschanel mmg semua aku rasa menarik. matanya mata ahli sihir, lalu menjampi aku haha

mirachantek said...

oh, kau suka yang bermata besar ya.
dan aku rasa dia brunette paling cantik!

ahmad said...

oh tak juga.
cuma mata dia ni sangat addictive
buat aku ketagih
hahah

ya, dia brunette yg paling cantik
sapa yang kata otherwise mmg buta
hahah

makwe joni said...

mana ada kebetulan dalam dunia ini ialah cakap pak ustaz

ahmad said...

oh mmg ada ek ustaz cakap. rujukan aku adalah dari filim holiwud. aku sangat malu

makwe joni said...

filim holiwud pun merefer pada pak ustaz tu aku syak. hahaha
stiben spilberg pun slalu refer pada Al-Quran kan?
eh..ke sape ha?
ada aku baca satu direktor banyak selitkan cerita dalam Al-Quran /sirah perang dalam film dia...

mirachantek said...

aku juga rasa malu kerana lebih mengetahui filem holiwud berbanding cakap orang berilmu.

ahmad said...

aku tak rasa stiben spilberg sbb dia jewish. ke aku yg terlebih skeptikal ni hehe

makwe joni said...

tapi aku rasa memang dia...sbb dalam baris ayat yang aku baca tu mmg ada mention yang dia jewish, tp dia jenis study Al-Quran dan sirah perang.

mmg ada satu scene dalam film dia yg dia betul ikut dalam AlQuran

deng!! aku luoa ...maybe scene talut baling batu ke jalut yg jalut terus rebah tu

deng!! lupa betul nih..deng!!

deng!! lupa lagi!!