Jul 11, 2011

makhluk mulia

jali nak bagi makan babi2 jiran.
jali kesian tengok mereka kebulur.
kandang babi kotor, najis melata.
jali tak tahu babi makan apa.
jali gaul saja nasi campur dedak.
hulur sahaja, seekor dah habiskan semua.
jali bengang, jali herdik,
'woi babi pun tahu berkongsi lah, babi!!'
babi gelojoh tersipu malu
berundur ke sudut sepi.
jali kerling keliling.
yang tinggal cuma temulang.
jali bengang, jali herdik,
'woi babi pun tak setamak ni lah, babi!!'

babi gelojoh senyum.
serta merta bangun berdiri.
turunkan hidung yang mendongak.
cabutkan ekor yang memintal.
tegakkan telinga yang melayu.
jemari mengancing baju batik.
sua songkok ke kepala.
humming lagu mawi,
menuju horizon.

jali, masih keliru termangu.
sampai awan bertukar ungu.

15 comments:

makwe joni said...

babai lagi?

makwe joni said...

ciss!! taipo!
babi!

ahmad said...

ya lagi hehe.
sebab aku tak tahu spesis binatang apa lagi nak banding dengan kehinaan.

biar kita semua (termasuk aku) termalu lebih sikit

ahmad said...

ini masih cerita yang lebih kurang sama, tapi lain moralnya

selamat membaca hehe

makwe joni said...

babi simbol hina. babi juga simbol keuntungan [ ? ] dan scene babi ini sebenarnya mengundang loya

mirachantek said...

humming lagu mana wey? adoi salmah?

ahmad said...

citah ~ ye sgt setuju dengan sgt meloyakan tapi babi tetap makhluk tuhan. ada sebabnya babi dicipta, kita yg serba kekurangan ni saja yg tak tahu hehe

mira ~ adoi salmah? haha tak boleh blah. entahla tak pasti sangat la sebab aku rasa lagu2 mawi ni kalau dihumming bunyinya lebih kurang saja

ahmad said...

citah ~ baru ku perasan. taipo adalah disengajakan semata untuk membabikannya. hahhaha cik, anda mmg pandai

makwe joni said...

keh keh keh
mujur babi tak minta royalti

weh..mana buleh cakap babi lah
[ ayat budak tadika 21 tahun yang lepas ]

ahmad said...

haha
satu geng dengan 'alif lam lam ha. sapa curi berdosa'

makwe joni said...

ada sambung lagi kan?

.... walaupun orang tak nampak
tapi Allah nampak

ahmad said...

smbgan tak pnh plak aku nampak. kt kuala selangor je kot macam tu haha

makwe joni said...

bukan faktor lokasi..faktor masa sebenarnya..masa kau..hanya ada 2 baris ayat tu..dan 2 baris lagi ditambah oleh generasi yang lebih muda macam kami...hahahah

ahmad said...

oh itu agak betul rasanya. saya sangat setuju hehe

makwe joni said...

la la la
^_^