Jul 3, 2011

oh kimutaku [bahagian 2]


[kerna ini bahagian 2, perlu ku beritahu
singgahlah dulu ke bahagian 1]


kimutaku, si kucing belang sudah khatam silat; untuk menumbangkan lawan lebih besar dalam dua jurus cuma, dan yoga; untuk menahan nafas dengan lebih lama.

tanpa lagej ekstra, pergerakannya bakal lebih pantas dan tepat. yang paling penting, alat pernafasan tidak lagi boleh menghalang dia menyantap terus ikan segar, tanpa perlu dikongsi bersama teman.

kali ini, dia betul2 sudah bersedia.

'menumpang' bot lim goh teng, kimutaku belayar ke lautan lagi. sebaik bot berhenti, dia pun terjun.

ketakutan hanyalah ilusi, ilusi hanyalah manifestasi sendiri.

ikan besar bersepah, tapi kali ini dia tidak gentar lagi. satu serangan fatal yang merobek titik nyawa dan tahu2 sahaja ikan sudah dihadam; cukup dua jurus. simpel sungguh. inilah utopia. rasanya macam sudah malas ke darat.

tiba2, ada bayangan di belakang. ah, niat membunuh yang sangat luar biasa. kimutaku berpaling. di hadapannya kini hanyalah terowong yang menggelap. mungkin aku patut belajar memancing saja, kesal kimutaku sebelum lumat dimamah jerung.

15 comments:

mirachantek said...

ahh, sadis sungguh pengakhirannya

ahmad said...

orang tamak selalu rugi hehe

makwe joni said...

jentik je telinga dia ni

mirachantek said...

betul.

bodoh juga rugi.

nafsu mengawal akal, inilah jadinya.

ahmad said...

citah ~ jentik telinga sapa? kimutaku dah berkecai, tinggal gigi taring je. jerung entah mana dah peginya

mira ~ hehe dia kucing, give him a break. tp mmg dah tak kena la dengan 'curiousity kills the cat'. ke mmg kena lagi ye

makwe joni said...

jentik dari awal , biar padan muka..bila dah kena jentik, baru tau nak lari..

oh..kadang-kadang buat muka simpati..deng!!!

ahmad said...

hahha lupa kau ibu kucing.

mak aku suka konon2 panggil ramai2 nak bagi makan tapi sebenarnya dia nak simbah dgn air hahha

makwe joni said...

pehh!! terer mak kau....aku baru level spray air ke muka diorang je...dan owh!! mereka sangat cumel bila berlari-lari akibat terkena spray...

ahmad said...

oh tu bukan dikira kejam ye. kiranya boleh la diterima dalam scene menyayangi kucing seadanya

ada membe aku dulu (aku rasa dah cerita) kalau berak dalam rumah, dia tangkap kucing tu pastu dia rendam dalam baldi. sebijik macam mafia haha

makwe joni said...

tu namanya bergurau dengan kucing

dan membe kau tu rendam kucing tu sampai habis ke sampai kepala saja macam scene rendam penjahat dalam perigi beracun bukit melawati tu?

ahmad said...

yap. macam scene mafia mintak maklumat dari hero tapi hero steady je tu

mirachantek said...

aku fobia dengan kucing.
tak pernah ada konotasi yang elok kucing ni bila dengan aku.

ahmad said...

mira ~ [aku rasa] satu family aku takut/tak suka kucing hehe

mirachantek said...

aku boleh geng dengan mereka!

ahmad said...

tu adalah satu kemungkinan yang agak besar

haha