Jul 27, 2011

mereng

matahari ni mereng miring.

itu kata rizal, kawan aku tu. sekejap menyala sekejap padam, macam otak orang sewel. sangat tak boleh diharap bagi sesuatu yang sangat besar.

rizal kata dia sudah cipta matahari mini yang tidak mereng miring (baca : sentiasa menyala). malah dengan saiz yang beratus kali ganda lebih kecil, ia cukup terang untuk menyalakan seluruh muka bumi ini.

oleh kerana fiul fosil sudah kontang, rizal akan mengaplikasikan kuasa solar sepenuhnya dalam ciptaannya.

tapi untuk para bijak pandai menyedari kesignifikan ciptaannya ini terhadap manusia, matahari yang mereng miring perlulah dilenyapkan terlebih dahulu.

aku terangguk2 menyetujui hujah2 bernas rizal sebelum perhatian aku tertarik kepada laungan siren countdown pelancaran inaugural beribu2 buah peluru berpandu pasca-nuklear. sasarannya? matahari yang mereng miring.

13 comments:

mirachantek said...

solar?

mari guna basikal.

tapi perlu minyak hitam guna....
hmmm..

alien said...

siapa yg mereng sebenanya..
(baca: sentiasa berjaga)

fa-in said...

kasihan matahari tu terpaksa dihapuskan.

ahmad said...

mira ~ minyak singer yang nak buh kat rantai tu ke. ke belia masakini dah guna minyak lain

alien ~ err, mungkin penulisnya

fa-in ~ jgn sedih benar cik, ingat senang ke nak letupkan matahari hehe

mirachantek said...

minyak singer?

bukan minyak yang warna hitam tu ke? kan kalau pegang rantai basikal tangan hitam

ahmad said...

minyak singer tu pun mmg hitam juga hehe. tapi aku rasa takde dah.

anyway, rantai basikal adalah sgt menyakitkan ati, lagi2 yg jenis bertutup. yg bertutup sangatla leceh nak betulkan

mirachantek said...

oh...aku tak pernah betulkan. aku suruh oranf saja

bimbo seperti aku tak akan pegang perkara hitam begitu

alien said...

siapa penulisnya.. haha

minyak basikal biasa pakai sisa2 minyak itam moto je.. lalala~

ahmad said...

hahhahaha ok.

aku pun pernah melalui zaman tu, maksud aku menolong bimbo dalam kesusahan. itu saja, cerita itu aku tak nak bagitau kesinambungannya

ahmad said...

alien - penulis adalah embodimen para polan yg sentiasa berangan dan malas bekerja hahah

alien said...

em.. hahaha
bagaimana dgn si penaip..

ahmad said...

penaip mungkin orang yang mahu 'hidup' selamanya tapi tak mahu hidup selamanya [sila abaikan kesewelan ini haha]

Amalina said...

tumpang tanya, bagaimana kau gariskan tajuk itu?
aku tak penah berjaya untuk lakukan.