bardot ternampak segumpal gula2 getah ungu bertempek di bucu tangga stesen lrt taman jaya. bardot bukanlah seorang punk yang makan sampah tapi gula2 getah tu semacam ada feromon, memukau jiwa gelora feminisnya dan mendorong kakinya ke situ.
bardot ambil gula2 getah tu, bersihkan pasir yang sedikit melekat, tiup sedikit lalu mencampaknya ke dalam mulut. dikunyahnya gula2 getah itu garang2 dengan muka yang sangat garang.
bardot meniup belon daripadanya. mula2 sebesar hidung sekarang sudah sebesar kepala.
selepas seketika, bardot dah hampir putus nafas tapi asa dia masih bersambung maka dia pun meneruskan kesinambungannya.
begitu kuat sekali tujah tiupannya sehingga bardot sendiri disedut sekali ke dalam bukaan tiupan belon, sedikit demi sedikit, dan... plup! tahu2 sahaja bardot sendiri sudah berada di dalam belon yang ditiupnya.
tubuh bardot terawangan di dalam belon. bahagian eksternal tubuhnya sudah bertukar tempat dengan bahagian internalnya. bayangkan baju/seluar yang diterbalikkan; paru2, hati, limpa, pankreas, jantung, usus semua tergantung longlai di luar tubuh.
tubuh bardot terawangan di dalam belon. bahagian eksternal tubuhnya sudah bertukar tempat dengan bahagian internalnya. bayangkan baju/seluar yang diterbalikkan; paru2, hati, limpa, pankreas, jantung, usus semua tergantung longlai di luar tubuh.
pinga bardot tidak berpenghujung. belon masih statik terapung di udara, tidak meninggi tidak merendah.
tiba2 tanpa bardot sedar tanpa bardot sempat panik, tubuhnya mulai mencair dan pantas saja berasimilasi sebagai satu dengan belon raksasa. dari kaki ke paha ke torso terus ke dada dan akhir sekali jasad bardot lenyap di dalam belon itu.
pop!
belon itu meletup dan sisanya jatuh terjelepok menjajah bucu tangga sebelum perlahan2 mengecut dan sekelip mata sudah kembali kepada bentuk asal semasa dijumpai oleh bardot.
[intermisi]
[tamat intermisi]
'eh ada chewing gumlah, aku dahlah tak gosok gigi lagi ni'
ujar seorang punk makan sampah bernama jarvis yang mementingkan haijin gigi tapi malas mahu gosok setelah menyedari kewujudan gula2 getah ungu.
jarvis ambil gula2 getah tu, bersihkan pasir yang sedikit melekat, tiup sedikit lalu mencampaknya ke dalam mulut. dikunyahnya gula2 getah itu garang2 dengan muka...
20 comments:
heh.
gula2 gum berkesan membersih
iye kan..
x-fail ke apa ni?
alien - ya salah satu kegunaan chewing gum yg selalu kita abaikan hehe
citah - x pail pun boleh, khidmat pesanan masyarakat supaya menjaga kebersihan pun boleh
baiklah
atau, cara nasyrun membersihkan gigi kala malas memberus..hanya mengunyah..
sangatlah cis stetmen itu
hahah
salam ramadhan ye saudara..
gurau2 je..
jgn marah aaaa, kurang pahala nnti
salam ramadhan juga
salam berbuka [untuk berbuka nanti, bukan sekarang]
eh, nnti ye bukan sekarang
seb baik baru nak bangun masak air
selamat~
apa la pengotor sangat mamat jabis tuh. aih.
hahah
dah dia seorang punk yang makan sampah
ohoh. aku lupa fact tuh.
hmm. dasar sampah.
hahhaa bukan semua tapi mmg ada.
mula2 aku ingat makan sampah tu mitos saja tapi ada membe aku sendiri yang buat macam tu
oh ye?
memang dasar sampah.
aku mungkin kelihatan shallow bila buat statement ini tapi aku memang rasa mereka sampah masyarakat yang do no good bila jadi punk jadah haram macam tu.
hahaha
punk sebenarnya ialah ideologi bukan feshen. aku tak sure sgt apa ideologi nya tp berkaitan dgn anarkis dan working class la.
mereka kata mereka anarkis tapi bila berfeshen mereka sudah menjadi pengikut, mengikut ketetapan bagai, jadi sudah tak punk di situ
jadi mereka yang berambut cacak ni hanyalah hamba feshen semata [kdg2 ada jgk yg aku tgk smart hehe].
so jadilh diri sendiri, jgn duk jadi hamba sangat
pjg betul. macam boleh buat entri baru
seikut fahaman aku yg berambut macam pelakon hollywood ah.. punk tu idealogi dia anti.. so tu yg dia buat rambut pacak.. semua.. secara mendalam aku tatau sgt
alien - anti establishment la ye.
kalau mengikut attitud, ramai je membe aku yang lebih punk dari mereka yang berambut punk.
ada juga member aku yg berambut punk semata untuk ke gig. yang part tu tak taulah mana punk nya
tapi yg kat malaysia ni ramai punk yg lebih kepada jiwa muda yg rebel..atau terpengaruh ngn rakan sebaya..
yg pasti punk ni bukan budaya dan amalan kita.
aku rasa lebih pada pengaruh rakan sebaya. dan silap tafsiran kool hehe
yg ni aku setuju!
Post a Comment