Aug 24, 2011

pepijat

saya ada pepijat

pepijat dalam kamar
pepijat dalam tilam
pepijat dalam telinga
zuriatnya dalam kranium

pepijat dalam saku
pepijat dalam sepatu
pepijat dalam rasa saya terhadap kamu

pepijat di luar jendela
cuba untuk lolos
tiada ke mana
menunggu, menanti

pepijat pada siling
kelimun lantai
berdiri, duduk, melutut
ada yang menghalang pintu

sekarang kepada persoalan
patutkah saya bunuh mereka?
menjadi teman mereka?
patutkah saya hadam mereka?
mentah atau masak?
patutkah saya kilah mereka?
rasanya mereka tidak senaif itu
patutkah saya sertai mereka?
rasanya itulah jawapannya

saya ada pepijat

atas kulit saya
mengitik loya
saya biarkan lagi
mereka sentiasa menguasai
saya nampak mereka mengelilingi...saya nampak
nampak mereka menentukan nasib saya
oh, yang satu masa dulu...satu masa dulu dalam kederat saya
sekarang sudah terlambat

saya ada pepijat

dalam bilik saya...satu lawan satu
peluang saya sudah tiba

saya akan berhenti sekarang
saya akan telanjang
dengan itu...saya menjadi satu




translasi kasar :
bugs [vitalogy, 1994]





13 comments:

In transit said...

Lepas telanjang, bikin apa? orgy sama pepijat?

ahmad said...

in transit - haha

ya mungkin juga si eddie vedder tulis benda ni masa dia stoned jadi ada betulnya cakap kau tu. ada kemungkinan dia mahu orgy sama pepijat.

btw, lagu ni agak annoying dgn bunyi akordionnya haha

Unknown said...

hahaha. melibas semua. telanjang itu seni. kahakhakhkhah

ahmad said...

melibas bunyinya agak erotis haha
telanjang itu sejuk

Unknown said...

dah sejuk, pakai baju semula. haha. aku harap masa dia karang bukan musim winter. haha.

ahmad said...

harapnya lah. kalau dah winter nnt, yg melibas akan jadi tempat tenggekan unggas sbb dah beku.

err, mungkin aku patut baring jap

Unknown said...

hahaha.

dah. aku rasa kena pejam mata sekarang. kalau tidak merapu sampai pagi.

haha.

ahmad said...

ya betul
selamat merenung bintang, wahai sabun daia

Unknown said...

terima kasih.

daia itu kalau ditulis dayya lebih cun.

mungkin cun macam aku.

hahaha. dah, selamat malam. mimpi indah!

mirachantek said...

aku rasa bertelanjang adalah hangat bila berdua, sejuk bila seorang.
hmm

ahmad said...

mira - tu mmg hakikat dan mmg kepingin dirasa tapi risiko dunia juga akherat sila tanggung sendiri hehe

mirachantek said...

jadi sila kahwin lol

ahmad said...

baek cik. lepas raya ni saya kawin