Aug 14, 2011

noir?

[untuk zsm noir]

Lewat malam, di atas bumbung sebuah bangunan tinggi. Guruh dan kilat mengacah kejam, prolog pada ribut yang bakal membaham.

Inilah dia penamatnya.

Setelah berhari menuruti sisa2 'biskut' yang seolah2 seperti sengaja ditinggalkan khas untukku, kini dia sudah berdiri di depanku.

Dia. Algojo, perogol dan pembunuh gadis.

Algojo, nama yang ku materai bukanlah kerana ada kena mengena dengan MO nya mahupun binatang2 seperti itu tapi semata2 kerana aku minat lagu Tanya Sama Itu Hud2. Malah aku juga sudah lama mengidamkan mana2 musuh ketatku untuk bernama Algojo.


Ok, sebelum aku mengeceh sendiri dengan ilusi trofi grandeurku, iaitu damsel dalam distres yang akan aku selamatkan sebelum dia dengan rela membiarkan aku menghenyak tubuh telanjangnya depan belakang sampai fajar, baik aku perkenalkan diriku terlebih dahulu.

Namaku Joe Olag. Dua bulan yang lepas aku telah mengambil keputusan untuk berprofeshen sebagai seorang mata2 gelap bukan kerajaan.
Kenapa? Ada satu parsel telah tersilap diposkan kepadaku. Parsel yang berisi sehelai kot trench kelabu tahi anjing dengan seluar khaki dan fedora yang berwarna sedondon.
Aku percaya inilah destiniku.

Semenjak hari pertama aku menerima kes ini, entah kenapa aku sudah dapat merasai kemistri. Satu tarikan, antara aku dan Algojo. Aneh. Seolah2 kami sudah lama kenal.

Aku sewa satu pejabat di sebuah bangunan tinggal dengan harga 100 ringgit sebulan. 
Dalam pejabat aku hanya ada - sebuah meja yang diapit dua buah kerusi yang bertentangan, satu talipon dail rotari, sebuah kabinet usang, kipas siling berkarat yang aku sengaja biarkan pada kelajuan paling perlahan, dan lampu yang ku biarkan malap2 sahaja.
Ya, memang panas dan buat ketiakku hangit tapi ini semua penting untuk perasaan vintaj itu. Senang untuk instink klervoyan mahu menjengah di kala buntu.


Algojo mengalihkan pandangannya kepadaku. Ergh, bibirnya dijahit rapat dengan dawai yang sudah berkarat.

Aku kurang pasti sama ada dia tu psikik atau aku yang psikik, tapi dia telah 'memberitahu'ku bahawa dia memang sudah lama mengantisipasi kedatanganku.

Minggu pertama dan keduaku sebagai seorang mata2 gelap hanyalah dipenuhi monolog2 kosong, selalunya sesi menyusun ayat untuk memperkenalkan diri kepada audiens [seperti yang aku tengah buat sekarang ini].
Minggu ketiga, talipon berdering. Ada suara perempuan di hujung sana. Seksi suaranya. Aku pasti potongan badannya 35-24-34 dan tingginya 5'5". Aku akan panggil dia Maya. Maya meminta aku menyiasat satu kes pembunuhan.
Setelah mencatatkan satu alamat, aku pun mengambil kot dan fedora kesayangan lalu melangkah keluar.
Kes pertamaku.

Algojo sedang menghunus sebilah pedang samurai mahu mengerat tubuh seorang gadis bogel yang terkulai di sebelahnya. Gadis itu akan aku panggil Ayu. Seksi suaranya. Potongan badannya mesti 35-24-34 dan tingginya pasti 5'5".

Algojo merenung dalam ke mataku sambil tersenyum satanik. Aku tiada pernah tahu bagaimana rupanya sheitan itu tapi kalau sheitan boleh senyum aku yakin begitulah rupanya.

Aku tidak membuang masa. Tahu2 sahaja buku limaku dah melekap di perutnya. Dia tertunduk lalu sepantas kilat aku hentam pula lutut kiri ke mukanya. Diikuti dengan satu tumbukan tujah ke atas. Algojo terjengah dan sedikit mengundur. Mukanya dah berlumuran darah tapi dia tetap tersenyum.

Ah sial, terlupa pula pedang samurai masih di tangannya. Namun nasibku baik kerana penumbukku yang penghabisan sudah terlebih dahulu menggegarkan tulang rusuknya sebelum dia sempat berbuat apa.

Tapi sebaik kami bersentuhan, tubuhnya tiba2 bertukar menjadi siluet dan penumbukku menembusinya begitu sahaja. Aku terdorong ke depan dan hampir menyembah konkerit. Ah, sihir apa pulakah ini?

Cepat2 aku berpusing ke belakang, mahu mengelak daripada diserang hendap namun Algojo masih statik di situ, tiada berbuat apa2. Torsonya yang sudah semacam asap hanya berpusing2 di udara sebelum jasadnya perlahan2 ghaib, hilang ditelan gelap.

Joe, permainan sudah tamat. Syabas.

Itulah ayat terakhir Algojo kepadaku. Pelik.

Aku melihat ke tangan. Pedang samurainya ada di genggamanku. Tidak pula aku ingat bila aku merampas atau mengutipnya. Keliruku panjang sekali dan akhirnya...

Epifani!

Tanpa dikawal bibirku seringai sendiri.

Ayu masih menggeletar, sejuk barangkali. Pandangannya pula dari tadi penuh dengan pohon rayu yang sedikit dicambahi keliru. Aku mengangkat pedang samurai tinggi2...

Titis hujan pertama sudah mula geronimo.


**


Hai, namaku Joe Olag. Aku seorang mata2 gelap bukan kerajaan. Aku telah mendapat satu panggilan. Seksi suaranya. Aku akan panggilnya Anis. Potongan badannya mesti 35-24-34 dan tingginya aku jamin 5'5".

Permainan bermula.

37 comments:

mirachantek said...

mula2 baca ni aku teringat lagu m nasir.

~~uuuuu sang algojo.. uuuu nanti dulu!



mak aku sangat suka m nasir. abes sume konset dia pegi. album sume ade. pasang hari2 dalam kereta. tenok, aku pun dah naik hapal semuanya.

mirachantek said...

dan aku dolu2 tanya mak aku, algojo tu apa? gelojoh ke?


lantas mak aku jawab ; algojo tu pencabut nyawa. gelojoh tu engkau.

pehhh

ahmad said...

hahha
73 pintu, 73 jalan
yang sampai hanya satu jalan

aku suka m.nasir

aku tak pernah tahu algojo tu apa sehinggalah aku kenal internet

mirachantek said...

nasib baik aku punya maka ku untuk beritahu.

walaupun kena sindir sekalian. heh.

makwe joni said...

seringai bikin aku ingat sama joker
versi heath sudah pasti

alien said...

yg aku tau algojo tu kerja kat penjara
hehehe

ahmad said...

mira - aku tak rasa even mak aku pun akan tahu apa maksud algojo tu

citah - yeah, budak degil

alien said...

yg aku tau, algojo kerja kat penjara..
tukang gantung org, atau tukang pancung kaple

ahmad said...

alien - ye. aku rasa nama itu sangat sesuai untuk jadi nemesis superhero malaysia

mirachantek said...

betullah. mak aku pon kate algojo keje kat penjara. tukang gantung orang.


dalam lagu m nasir tu mak aku kata malaikat maut.

ahmad said...

mira - perbincangan ni buat aku rasa nak dengar lagu tu

alien said...

a`ah
m.nasir guna perumpaan tu.
nice song

mirachantek said...

nasyrun sila dengar. best. aku rasa sampai sepuluh tahun lagi pun aku tak bosan ngn lagu m nasir ni

ahmad said...

ya, tgh mendengarnya sekarang. dulu aku ada kasetnya tapi dah entah ke mana

sekarang dah lagu sentuhan listrikmu.
yeah

haha

mirachantek said...

kool kan. haha aku pun sedang dengar cd mak aku . heheh

ahmad said...

haha
oh kau pun terpengaruh juga

sebenarnya album tu dah lama ada dalam ipod tapi sekarang baru mahu layan

mirachantek said...

aku hampeh la nak letak lam ipod aku. dalam tu ada lagu disko aku je

ahmad said...

lagu disko? rosak budak2 skrg ni haha

mirachantek said...

hahahahahahahahaha

ada satu je lagu insap dalam tu.

opick - tafakur.


yang lain semua sila salahkan enrique iglesias

ahmad said...

enrique iglesias? ada lagi eh dia

alien said...

lama x dgr nama enrique..
hohoho

ahmad said...

alien - ya sangat setuju. aku ingat dia dah arwah. ke aku salah orang ni

mirachantek said...

hooii adalah dia lagi!
lelaki paling seksi alive bagi aku enrique ni.

jangan tanya kenapa.

ianya sangat subjektif

ahmad said...

err ok
haha

mirachantek said...

enrique ni pnya rancak dgn album baru, colaborate dgn ramai artis seperti akon dan usher dan pitbul dan dan dan ramai lagi....

kamu tidak tahu?

ahmad said...

semua aku tak suka
sekian
haha

mirachantek said...

ohho baiklah.

ini lagu anakmuda.

sekian.

LOL

fa-in said...

pedang samurai dah beralih tgn, tugas algojo beralih ke joe?

ahmad said...

mira - cis lagu anak mudala sgt. haha

fa-in - dua patah perkataan, 'fight club'. ni serba sedikit homage kepada filem/buku itu

makwe joni said...

ini lagu anak muda : mira

keh keh keh
aku sokong kau mira!! yeahh



dan
saya ialah bukan budak degil
saya ialah bukan budak degil
saya ialah bukan budak degil

ahmad said...

citah - bila masa tah kau layan akon ni muja.

dan
muja ialah ya budak degil


trivia - muka akon macam adebayor yang botak. ke muka adebayor macam muka akon yang berambut. mana2 pun boleh

makwe joni said...

muja itu siapa?

mirachantek said...

yes! citah sokong yes!

ahmad said...

citah - siti masitah mujahidah binti mohd muayat

mira - [anak mata ke atas [tak layan]]

makwe joni said...

busuk!
tak aci!

ahmad said...

yes! hahha

makwe joni said...

cis!!

*pergi tendang pintu*