Aug 4, 2011

meri

di hujung kampung saya ada pesta ria.

setiap malam kelip2 neon dan lampu limpah mewarnai, setiap malam muzik statik merencanai. menyuntik senyum pada banal, menjanjikan kegembiraan.

pesta ria; ada roda feris, kereta bumper, rumah hantu, roler koster juga karosel.

itu cerita dulu. sekarang pesta ria sudah mahu lingkup.

khabarnya roda ferris itu jam bumi. sekali berhenti berpusing, dengan bumi2 sekali mati. khabarnyalah.

karosel pula bukanlah karosel kuda tapi karosel serigala, dengan mata yang dibesarkan dan seringai yang dilebarkan (baca : dicomelkan) seperti yang dibuat oleh kartun walt disney.

karosel yang dihiasi corak bermotifkan bunga. khabarnya seminggu sekali akan menuntut korban anak kecil.

dan bermacam lagi mitos yang saya dengar.

tapi pesta ria tetap juga lingkup.

29 comments:

alien said...

em, entah mengapa aku tak tertarik utk ke pesta ria..
entah

fa-in said...

teringin juga ke situ.
jgn lah lingkup dlu. heh..

ahmad said...

alien - dulu masa kecik2 aku kagum sebab masa aku kecik2 dulu takde astro ps2 genting bagai [baca:hiburan] macam sekarang. hehe

fa-in, tutup dah cik. tula lambat sgt, tapi saya rasa karosel serigala tu ada lagi

Amalina said...

kehadapan nasyrun,

kau mengigatkan aku pada salah satu episod csi dimana setiap minggu seorang kanak-kanak menjadi makanan karosel di tapak pesta.
meri go raun,aku suka tengok terutamanya bila berlampu dan berputar.tapi aku takot untuk menaikinya.

ahmad said...

oh mmg ada ye. kenapa csi sudah jadi macam mistik. ke mmg ada pembunuh di karosel tu

meri go raun kat fanfair mmg agak mengerikan. rasa macam bila2 je boleh tertanggal dari pasaknya dan menggelek semua orang kat situ

Amalina said...

ada pembunuh di karosel tu..aku nak buat post khas buat entri kau ni.tunggu.

a'a..kali terakhir aku naik masa kecik.aku menangis2 nak turun.aku naek dengan sepupu aku, die benggang cuz sebab aku die kena turun jugak.

Amalina said...

ada pembunuh di karosel tu..aku nak buat post khas buat entri kau ni.tunggu.

a'a..kali terakhir aku naik masa kecik.aku menangis2 nak turun.aku naek dengan sepupu aku, die benggang cuz sebab aku die kena turun jugak.

ahmad said...

haha sila2

ya, kau pasti jadi sepupu yang tidak disukai lepas tu kan

Amalina said...

entah la..aku tak perasan pulak..aku tak sensitif dengan perasaan orang terhadap aku sebab aku taksub dalam dunia sendiri.haha!

ahmad said...

ya,aku percaya kerna aku yakin kau mmg begitu orangnya haha

Amalina said...

dah buat.harap meri suka & harap kau rasa jengkel.haha!

mirachantek said...

aha adakah ini kebetulan atau kau punya telepati?

aku baru siap menaip sesuatu yang punya kaitan dengan carousel dua malam semalam. ada dalam folder 'deraf'.
hmm

kau upah ahlil nujum ke?

ahmad said...

amalina - oh ye? akan ku hadap sekarang juga hehe

mira - tidak mungkin berunsurkan mistikal kerna aku tak reti. yg plg dekat mungkin kita ni ada kemistri yeah!

mirachantek said...

oho ini lagi satu perkara hebat kerana entri kemistri aku taip semalam tengahari!!!

juga dalam folder 'deraf'.



hehey aku rasa kita 90% memang punya kemistri.

ahmad said...

mira - patutla aku hampir fail kemistri masa spm dulu. rupanya byk ke kau peginya hehe

mirachantek said...

hahahahaha tak jadik tu, aku drop out kelas sc stream tu after a month, ambil akaun pula.

aku dan chemistry memang tak ada kemistri.

ahmad said...

nampaknya aku dgn chemistry pun tak ada kemistri juga.

tu satu lagi kemistri kita
yeah!

haha

mirachantek said...

ok bila nak masuk bab biology?

lol




oh bila sebut biologi, aku teringat kisah seorang pervert dan biology.
pheh

ahmad said...

mira - tanak ah biol. tu pun antara subjek aku hampir gagal jugak tu.

kisah pevet dan biol haruslah diceritakan kepada aku heheh

mirachantek said...

baik. nanti aku ceritakan.

ahmad said...

terima kasih.
cik mmg orang yang baik

mirachantek said...

[actually folder deraf aku itu adalah untuk hasil tulisan aku yang aku tak berapa yakin nak kasi org tengok.
contoh penulisan adalah seperti entri kepiting.]

ahmad said...

oh. entri kepiting adalah best, aku sangat suka. jgn tnya kenapa sebab aku selalu mmg tak tau hehe

tak cukup deep kan. aku mmg tak deep pun

sbnrnya camni je. kalau sendiri rasa yakin belasah saja. tu belog kamu bukan belog mereka. kamu dewa, mereka hanya rakyat jelata hehe

mirachantek said...

ohoo pesanan yang bagus
terimakasih encik ;pp

ahmad said...

welkam welkam

alien said...

rakyat jelata lapor diri
haha

ghost said...

gua dulu pernah pegi pesta ria.dulu lah.

gua bunuh semua hantu dalam rumah hantu.hantu mana boleh mati.

ahmad said...

alien - err. ok?

ghost - hahha itu sangat turn off. tapi dalam filim selalu saja hantu mati. hantu yang mati apabila bangkit sekali lagi akan jadi dabel hantu ke macam mana

ahmad said...

alien - kau dah buat aku rasa segan