Aug 8, 2011

pop

betul2 depan mata aku ada loader berbentuk bulatan2 kecil yang berpusing2 mengikut bentuk satu bulatan yang lebih besar dalam satu laman sesawang.

lengan sasaku yang bertatu sauh ku kucup mesra.

sambil menunggu pusingan bulatan itu berhenti aku nyalakan paip. hisap paip sangat leceh, kalau kurang skil penyalaan, api akan cepat padam. tak lama lagi aku akan serender hisap paip dan beralih pada kretek tapi tu cerita lain.

sambil2 tu aku juga kunyah bayam, makanan kegemaran aku.

makwe aku nama zaitun. dia baru saja dump aku sebab aku baru saja didiagnos dengan hepatitis c, dan kanker paru2. tak ada guna dah aku makan bayam, baik aku makan ayam.

tiba2 aku bertukar kuning. mengunyah pil ajaib sambil mengejar permata yang boleh beri izin aku makan hantu sampai tinggal mata. runut bunyi : repetasi muzik tekno 8-bit. kemudian....

'assalamulaikum warahmatullah' gema satu suara.

'assalamulaikum warahmatullah' sahut suara2 lain.
aku pun turutkan sekali, menoleh ke kanan kemudian ke kiri.

masih lagi tertanya di rakaat berapa dah ni sebab mahu balik makan cendol.

15 comments:

alien said...

engan sasaku yang bertatu sauh ku kucup mesra.

ko taip camni buat aku tigt scene lelaki gagah perkasa dalm The Expendables
hahaha

Selamber Rock said...

ok..ni kira berjemaah tapi xkhusyuk, kan?

mirachantek said...

wtf cendol??


cendol yang kau fikir??
cendol????

ahmad said...

alien - haha. mungkin 'aku' yg bertatu sauh di lengan yang besar dan suka makan bayam ni boleh join the expendables

koq - yah pandai. terawih berjemaah

mira - ya cendol cik, cendol. chendol!

mirachantek said...

aku juga suka cendol.............

ahmad said...

oh. aku ingat pe tah what the f bagai. risau pulak aku
hahhaha

mirachantek said...

aku suka cendol jagung.

peehhh

ahmad said...

mira - eh aku baru teringat. kau suka rojak kan. patutla. scene rojak dgn cendol selalunya berhubung kait haha

ahmad said...

hubungan simbiosis bak kata orang

mirachantek said...

yee!!! di mana ada rojak di situ ada cendol!!

ahmad said...

rondol!
haha

mirachantek said...

haha aku boleh bukak jenama baru nih. naa kedai ke. nnt aku baya royalti branding kat kau ye

ahmad said...

ya keputusan yg tepat. aku mahu 8.37 percent saja

klohv said...

sangat terganggu.sangat.

ahmad said...

err, kenapa