neil gaiman sedang bertungkus lumus bertarung nyawa meneran kederat menahan kepalanya daripada ditelan perut sendiri.
pagi tadi neil gaiman lupa bangun sahur. dia sangat lapar sehinggakan perutnya sudah menjadi satu lohong tidak berdasar yang mahu menyedut segala2nya demi untuk meneruskan survival. lemari katil ikea baharu dibeli semua berterbangan, berpusing bagai dilanda hurikan.
nafsu lohong itu terlalu eksesif maka seperti yang dijangka neil gaiman akhirnya tewas. bermula dari kepala, kemudian pantas saja dituruti torso, tangan juga kaki.
neil gaiman, 25, ghaib begitu saja dalam vorteks dimensi. begitu juga lemari dan katil ikeanya.
mary
mary flowers keluh kesah, menghadap murtabak dan kebab. menyesal dia tak sahur pagi tadi, mahu diet konon2nya. gelojohnya dia awal2 lagi sudah membeli makanan berbuka.
jarum
tak keruan dibuatnya mary flowers. mencangkung salah, menonggeng salah, buat split salah. dalam perutnya ada buak2 kasar lahar yang serta merta disertai dengan...
satu letupan supernova dahsyat.
secara otomatisnya mary flowers meloncat ke meja, menyambar kebab di tangan kiri, murtabak di tangan kanan. kesihatan adalah yang terutama.
tengah glutoni mary flowers sedap bermaharajalela, terasa ada gelojak aneh dalam perut. tersembur kebab dan murtabak sejurus mary flowers menyedari kepala neil gaiman sudah terjengol di perutnya, macam jack dalam kekotak.
eh apollo ku, mary flowers menguntum sendiri sejurus menyedari keelokan paras neil gaiman. mungkinkah ini jodoh?
penutup
neil gaiman berjaya meloloskan kedua belah tangannya daripada perut mary flowers, kemudian berusaha untuk menolak keluar tubuh dia yang selebihnya. mary flowers yang sikit lagi mahu terbang pun turut membantu.
sayang badan neil gaiman tersangkut. tersekat oleh gerombolan murtabak dan kebab yang baru disantap mary flowers juga lemari ikea neil gaiman.
neil gaiman yang setakat pinggang, dan juga lemari ikeanya, akan kekal di situ, di perut mary flowers, hingga eterniti.
mary flowers, 23, lerai sayapnya kerana bilamana neil gaiman sangat sangat menggemari kpop, kecenderungan seksualnya semestinya boleh diragui kan.
jikalau kita amati betul2 gabungan badan kedua2nya membentuk hati yang retak di tengah.
22 comments:
mula2 baca ini aku teringat art attack, nama orang tu neil juga.
aih...apalah suka kPop.
kalau perkenalkan mPop pada dia mungkin dia akan suka
mujurlah dia gilakan kpop sahaja..bukan mop..eh, eh, maksud saya Mpop!
keh keh keh
[ ya..gelak sendiri ]
ok. sebab ada scene gemarkan kpop [bila direlatekan dengan kes petang tadi ] maka gua bagi +1
kah kah kah
[ sekali lagi gelak sendiri ]
ok. dah. saja nak bagi cukup 3. biar ganjil orang kabor.
dua-dua mati?
mira - wow art attack! aku plg suka segmen last. yg ramai2 buat corak tgk dari atas
citah - aku pun selit kpop tu lepas tgk vidio kau td la. cis pengaruh tak sehat
koq - dua2 hidup, tapi stay macam tu jela mcm kembar siam. mungkin akan masuk freak show tp tu penceritaan di lain masa
oh neil gaiman adalah nama penulis fikshen fantasi yg aku suka
citah - ko punye ajaran la ni. dah budak2 mcm mira pun terpengaruh juga dgn mpop hahahah
ehh aku pulakk.....
mira - hahha. musti kau tgk art attack di astro kan. plg art ialah masa tgk di tivi kerajaan, tapi masa tu kau tgh menyusu lagi rasanya hahha
ye laahhh astro lah.
disni cenel.
ooo artattack ni penah kua tv biasa ke... baru aku tau
ya, aku beritahu ni supaya kau boleh berlagak dgn teman sebaya hahha
sayngnya teman sebaya yg berkawan dengan aku tak layan art attack....
oh kalau macam tu berlagakla dgn teman agak lanjut usia haha
okay...aku berlagakk dgn adiklah... atau abang.
tapi kena konfomkan dulu abg kau tak tahu kalau tak sia2 je
hehe
aku rasa abnag aku tak tahu....
heheh.
(senyum nakal)
ya bagus. syg takde bukti utk itu huhu
tengok aku typo lagi.
abang dah jadi abnag
haha
takde mende pun
melancap sambil baca neil gaiman yang terperangkap...dia perlu berkawanan dengan Si Kratos, hantu dari Sparta
in transit - yah, dewa perang yg mahu membunuh bapanya sendiri
Post a Comment