[versi yang sama macam dalam zinesatumalam]
nama gua nico. ya, macam yang dalam warhol superstar tu. ya, macam yang berkolaborasi dengan velvet underground dalam vinyl debut mereka tu. ya, macam kumpulan rap tanahair yang suka suruh kamu dengar mereka bercerita tu.
gua, nico, tengah tengok cermin. dalam refleksi cermin gua berbelalai, bergading panjang, dan berbulu selayak hutan khatulistiwa. eff, kaki gua pula sudah berganda maka gua terpaksa merangkak.
langit masih meludah kuntum2 salji pada tingkap, ini dah masuk hari keempat. hari keempat musim sejuk inaugural di malaysia, yang dirayakan oleh semua yang liat mahu bersiram.
mak tengah masak. aneh, dia tak menshen apa2 pun pasal kecelaruan postur gua ni.
gua terus rodok pintu dan melangkah keluar rumah, mengghairahi deruman cita dan cinta. tapi baru tiga langkah dicanai, kaki gua dah dipusu rantai2 yang berlabelkan dilema.
sempat juga gua pass kata2 puitis kepada orang salji yang tengah seringai macam joker versi arwah heath, sebelum gua disentap ke danjen tak berpenghujung.
20 comments:
ayat kedua perenggan ke empat..macam mana aneh pun anak, tetap stedi di mata emak
joker versi heath = peh!!!
nico..sila nyanyi lagu 'inilah nasibku'..amat sesuai dgn anda..
citah - yeah untuk kedua2 komen
koq - cis
nico..nico...
[geleng kepala]
mira - malang nasib nico
dalam cermin tu buka kau.
kasihan. nico kena tgk cermin ajaib pulak next time.
buka?
fa-in, haha mungkin juga kalau dia nak dibuai fantasi
*bukan.
oh anda silap, itu memang aku. gajah mamut, yg sudah pupus
tapi aku tak berapa pasti orang lain akan nampak serupa aku juga. mungkin mereka akan nampak dinosor atau burung pipit
hah. dpt jugak dia lari sekejap dr dilema.
fa-in, ya, imajinasi [buat gaya tangan spongebob yang keluarkan pelangi. oh penerangan yang sangat gagal. kalau layan spongebob harap boleh faham, kalau tak abaikan saja hehe]
hehe. iye.
terbayang tangan spongebob main tangkap2 obor2 dgn patrick.
fa-in, ini imejnya [ya saya tahu saya sangat gigih haha]
http://i.neoseeker.com/mgv/451020-Kaitsith/20/23/spongebob_imagination_by_kssael_display.png
iye, haha.
saya hargai deh.
kau adalah apa yang kau fikirkan.
kau adalah apa yang kau fikirkan.
fa-in, hoho
amalina, ya tepat sekali
Post a Comment