Aug 26, 2011

ekspresi menyalakan yang gagal

+ image 
via ffffound

gesek roda bergerigis pada batu kerikil telah melahirkan cakerawala yang tiada mengorbit. malang hayat cakerawala akan lenyap tanpa belum sempat dinamai, diratah tanpa kasih oleh jasad jingga yang dicetus kerosin rizab.

yang tersepit di bibir pantas sahaja disenggama nyala. gulungan dedaun secara caruknya diinhal terus-menerus sedalam lohong tergelap endoskeleton. gemawan yang dipupuk meninggi akan dijirik selangkah selangkah, mahu dijenguk kelibat firdausi. sepatutnya begitulah tapi sayang tiada terlunas kerna ternyala sebelah sigaret yang salah. deng!

23 comments:

makwe joni said...

gesek - buat aku ingat sama biola sebenarnya

alien said...

oh ok..
kamu merokok ya nasyrun?

ahmad said...

citah - ya itu mmg disengajakan

anas - mlm je weh, jgn pandangku sebelah mata hahah

makwe joni said...

mlm je weh, jgn pandangku sebelah mata

ha ha ha

ahmad said...

tujuan anda merepeat ialah...

makwe joni said...

ialah saja...

tidak. sebenarnya nak tahu apakah maksud jgn pandangku sebelah mata itu dgn perihal merokok

ahmad said...

perihal merokok siang hari ye

makwe joni said...

kenapa pun kalu siang?

ahmad said...

batal puasa le

makwe joni said...

lah.. ni kira entri sempena puasa rupanya.

ahmad said...

tak. entri ekspresi menyalakan yang gagal la

makwe joni said...

ye lah. dah tu kenapa pulak ..

ish...


ok. ok. sudah faham

ahmad said...

pening? bagus2. tulah niatnya
hahahha

makwe joni said...

jenis suka menyiksa

alien said...

salah la kak.
jenis suka cakap pusing2..
keh3

mirachantek said...

aku selalu suka word 'gemawan'.

buat aku teringat pada siti nurhaliza.
ada satu lagu yang aku suka ada word gemawan tu

ahmad said...

anas - kau kena sokong aku. org lelaki harus bersama menghapuskan resaksa ganas lipstik

mira - oh ada ye, lagu apa tu. siti nurhaliza aku tahu lagu aku cinta padamu je hahah

makwe joni said...

bagus dhek! bagus!
kau memang adhek yang soleh

ahmad said...

mengephone sambil berlipstik

fa-in said...

harga sekotak lebih kurang rm5 ke atas. boleh jd duit raya tu. ehe.

ahmad said...

nenek fain, sekarang dunhill sekotak sudah 10ringgit hehe. kalau kretek seludup bolehla dapat 3ringgit

fa-in said...

haha!
dah lama tak beli,err
ok cucu2 sila hulur 10hinggit.

ahmad said...

jgn, tulang kau tu dah reput. katakan Tak Nak kepada rokok