Aug 28, 2011

neraka yang ketiga

masa depan yang tak berapa ke depan sangat pun.

sejak kebelakangan ni, tidak kiralah di ceruk mana pun topik perbualannya pastilah perihal cendawan danawa yang tumbuh mekar di serata benua.

pendiskriminasian berita-berita lain macam berita melayu murtad, artis bergambar telanjang, hak ketuanan mamak, ditangkap khalwat dengan mertua memang sudah lama - tidak kiralah dalam tivi ke, majalah gosip ke, blog, akhbar tabloid, mahupun grup mengambil berat di laman jaringan sosial.

depan mata gua mentari baru usai muncul dari arah barat, silau benar. tapi aneh, mentari sebenarnya sedari tadi sudah terpacak atas kepala ni.

ah, celaka.

celaka juga kerana itu saja yang mampu gua tuturkan tika maut berbicara.

gelap.

rasanya ada cendawan danawa tumbuh dari arah barat.

kiamat.

pada hari khamis. di kubang kerian, bukit katil, serta manjoi.


24 comments:

makwe joni said...

ooo..kubang kerian

ahmad said...

kubang kerian juga boleh jadi tanjung karang atau kuala selangor

makwe joni said...

tapi kenapa mula mula nak kubang kerian?

ahmad said...

aku cuma tulis nama 3 tempat di 3 negeri berlainan pertama yang terlintas di benak aku

mirachantek said...

di mana manjoi tu?

ahmad said...

manjoi kat perak dan kepala aku terlintas tempat tu kerana ada kawan aku dari sana yang menggelar big mac sebagai beger double special [aku sgt yakin dia menyebut tu bukan dgn niat mahu bergurau] walaupun definasi itu tidak betul kerana beger double special ada telur.

utk pengetahuan lanjut tentang perihal beger sila rujuk pada pakar beger marhaen iaitu makcik citah

makwe joni said...

ciss...nama aku disebut sebut rupanya, patutlah aku tersedak masa tidur malam tadi

ahmad said...

haha kau kan connoiseur beger.

aku rasa betul dah ejaan connoiseur tu, kena tanya mira ni. mira, makcik literatur inggeris

mirachantek said...

wah tanya aku pulak. kalo tak pasti gugel aje..

DaRk said...

lama x singgah,,mkin rmai lak follower..nice expand..8),,rye2 pn rajin btul hupdet..thniah.thn dpn ley calon digi pnye apekemendetah award 2..8D
p/s: biasenye, kalu dkt2 rye cmnih, yg trlintas kt kpale hanya kampung halaman je..so~..how ny theory fit?;)

ahmad said...

dark - ya raya2 pun apdet, menunjukkan betapa tak menariknya life aku hahah. award digi? haha gila tak layak weh

teori pasal apa ni

ahmad said...

mira - haha mestilah tanya kau, kau kan kamus bi aku

Amalina said...

manjoi kat mane??

ahmad said...

amalina - manjoi kat perak, katanya kampung melayu terbesar kat msia. katanyalah

klohv said...

Kubang Kerian membawa aku ke kotak komen ini.

ahmad said...

wall - kubang kerian tu tempat tinggal saya. lebih tepat taman makmur,chica

klohv said...

Chicha rings a bell with me.

ahmad said...

owh? cik duk mano

klohv said...

PC.

ahmad said...

pc alik mano

klohv said...

5°52'14"N 102°13'26"E

ahmad said...

hahah ok. aku ingat ko p.chepa rupanya p.chondong

klohv said...

ish...yg ko reveal tu kenapa...

jemput ah singgah kalau free...

ahmad said...

hahaha mungkin juga sbb seumur hidup aku tak pernah sampai sana