prolog
malam tadi ada tahi bintang jatuh dan awak buat hajat. saya tak tahu apa hajat awak tapi yang saya tahu tahi bintang itu jatuh di paraguay, atau georgia, atau jordan, membunuh seribu orang dengan serta merta.
bab 1
seusai hujan, kita berdua, meloncat2 mengelak lopak air sambil membuat bentuk hati dengan jari.
awak dan saya, kita berdansa. kita berpusing, kita ketawa, kita bergembira.
bab 2
dari pusat awak,
ada pelangi grayscale menujah keluar.
dituruti kijang yang melungsurinya.
oh, ada gajah terbang juga.
malam tadi ada tahi bintang jatuh dan awak buat hajat. saya tak tahu apa hajat awak tapi yang saya tahu tahi bintang itu jatuh di paraguay, atau georgia, atau jordan, membunuh seribu orang dengan serta merta.
bab 1
seusai hujan, kita berdua, meloncat2 mengelak lopak air sambil membuat bentuk hati dengan jari.
awak dan saya, kita berdansa. kita berpusing, kita ketawa, kita bergembira.
bab 2
dari pusat awak,
ada pelangi grayscale menujah keluar.
dituruti kijang yang melungsurinya.
oh, ada gajah terbang juga.
saya tanya awak ok ke.
awak kata ok.
kita sambung nuansa kita.
bab 3
pelangi masih mengalir garang.
saya tutup pusat awak dengan ibu jari.
saya tanya lagi.
awak kata ok.
tapi gajah masih juga lolos.
dan hurung telinga saya.
gajah yang berat,
tapi masih boleh terbang.
epilog
panasnya hari ini, mungkin hujan besok hari.
mungkin juga tidak.
28 comments:
lopak air bukan untuk dielak
apabila dalam mod bercinta ala2 swit gitu ianya mmg untuk dielak haha
lagi sweet kalu kena lopak tu rasanya dan salah seorang jatuh dan seorang lagi gelak kah kah kah..
yeahhh
takkan jatuh. kalau jatuh pun mod bercinta akan mengatasi segalanya jadi jatuh tersembam dalam lopak pun akan dianggap swit
macam ' kentut pun bau wangi?'
ye tepat sekali
maknanya hidung orang yang sedang berchenta ni memang rosak lah ye?
hidung mata telinga lojik kewarasan. senang cerita semuala
moralnya ?
tak ada moral
tapi saya nak letak jugak :
moralnya :
bercinta akan menaikkan taraf seorang lopak air
bak kata sufian abas,
deep macam lopak air
susah nak komen.tak faham pape.
haha
buat2 paham jela
ok.
aku rasa bab 1 dipengaruhi cerita korea yang bejet-bajet comel.
pada bab 2, aku terhenti sebentar pada perkataan nuansa sebab aku tak tahu maksudnya.
pada bab 3 pula, aku tertanya kenapa kau tutup pusatnya dengan ibu jari.kenapa bukan jari telunjuk?
epilognya pula, kenapa hari panas tapi sebelum-sebelumnya kau kata ada pelangi.
bab 1 - ya memang bajet2 comel
bab 2 - nuansa ialah perbezaan yg sedkit, merujuk pada perbuatan sebelum tu, iaitu berdansa berpusing bagai. itu semua kemistri
bab 3 - ibu jari lebih sesuai untuk menutup lubang pusat 'awak' yang agak besar tapi masih belum cukup utk menghalang gajah terbang keluar
epilog - pelangi keluar dari pusat saja,bkn cuaca utk hari itu.
utk fahami epilog ini sila rujuk pada perumpamaan 'ku ingat panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah' hari
sebenarnya aku main belasah je entri ni. semua penerangan aku baru pikirkan tadi haha
imaginasi aku fikir lain dengan penerangan kau ni.jangan tanya apa aku fikir.
hahha tak apa, lagipun semua ini terbuka untuk interpretasi sendiri
kenapa kau guna nama neelofa? dia tu aku dengar namanya melaui gosip murah saja.
err, mungkin sebab secara superficialnya aku suka dia hehe
ohoo. baiklah.
hm.
he he.
ok. sgt sweet..
aku ke yg sweet tu.
ya'a'aww!
ohh...pleasseeeeeeelahhh!!
(amacam? jadi x gaya gedik? kehkehkeh)..
err..macam gaya mak datin pun ada jugak haha
shinchan.
lavender - apsal sincan? 'gajah' tu ke hahah
Post a Comment