bau kepam memaksa saya membuka tingkap bilik. engsel yang lama mengerekot dikangkang rakus, membekaskan ngilu yang menjalari belakang leher.
serta merta bilik saya kembali bernyawa, dihias kicau burung dan dakap bayu beraroma. namun haba tengahari semacam berdendam, maka saya diratah tanpa belas. saya menjerit 'arghh!!!!!' dengan lama sekali.
tahu2 saja saya dah di lantai, sebagai segumpal jeluak, atau ameba. tiada berbentuk, tiada berupa. rasa2nyalah. nasiblah penglihatan tidak terjejas kerana sempat saya menutup mata tadi.
kepingin juga bergegas keluar namun pintu pula bertutup. kecewa, segumpal saya mengengsot melata dalam bilik, meninggalkan jejak lendir semacam siput. terbersin saya apabila melumuri lantai sarat debu juga rambut dan lipas mati. saya memang alergik dengan debu.
terbersin lagi.
dan lagi.
terbersin lagi.
dan lagi.
yang keempat dan teragung, segumpal saya sudah terletus ke serata bilik; di dinding, lantai, tilam, juga almari. bak hingus yang bertempek seusai ganas gelombang bersin yang ditahan2 sewaktu bersolat jumaat.
setelah lama berusaha akhirnya saya; sepercik daripada percik2 yang lain, dapat jua lolos daripada ragutan dinding, sedikit melendirinya lalu geronimo. sempat juga menikmati pemandangan bumi yang bebas lepas sebelum pasrah merengkuh 'oblivion' seekor cicak yang luas ternganga.
n.
n.
4 comments:
ko nih kadang kompom tak khusyuk sangat semayang jumaat dok tahan bersin / kentut kan
kentut tu jarang sgt tapi bersin tu mmg mcm tiap2 minggu.
ditahan kerana aku sangat2 risaukan apa yg bakal keluar nanti hehe
ko ni resdong ke nak bersin panjang?
bersin panjang 'teramat mega yang apabila kau bersin kau akan rasa efeknya di telinga' kerana resdong
Post a Comment