melihat alusmitai danawa idaman dalam genggaman, poseidon termangu seketika dalam selirat benak sendiri. dia keliru. rasa semacam mortal tapi masih omnipoten, rasa macam naif tapi tetap sofistikated. perasaannya bercampur baur, mungkin air matanya sedikit mengalir. tidak pernah dia rasa selemah ini. genggamannya pada trofi di tangan sedikit terlerai.
namun di sebalik itu semua, ada suatu rasa yang memekar. rasa yang sudah lama hilang. ah, pelik. ini perasaan kehilangan, hilangnya panduan apabila terperangkap dalam labirin orgasma yang bakal tercetus sebaik
ya, ini perasaan yang dia dambakan, yang dia butuhkan semasa dia membuat keputusan gila ini tempoh hari. genggamannya kembali merapat. seketika nanti akan terlunaslah rasa rindu di hati.
tetapi ini, ini semua, dewa2 lain tidak boleh tahu. amatlah penting untuk dirahsiakan. kalau terbocor, digelakkan itu sudah pasti sampai eterniti. malah tidak mustahil akan dikhaskan satu perayaan selama 40 ribu purnama (paling kurang) dari kemuncak olympus sehingga ke dasar kolong hades semata2 untuk meraikan tertangkapnya dewa bengis poseidon dalam satu situasi memalukan bersama secucuk alusmitai gergasi.
dia harus cepat beredar. kembali ke tempat yang paling selamat, yang pasti tidak akan terbongkar, iaitu istana dasar lautannya. lautan? cis! macam mana dia boleh terlupa akan hakikat ini.
[tidak bersambung]
16 comments:
habislah cair woi!
aku ada satu freak addiction terhadap dunia dewa greek.
mungkin sebab tu aku suka main game Age of Mythology.
best wo.
dan aku masih lagi mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia dewa greek ni, namun tidaklah seperti dahulu.
aku tahu Tuhan bukan mereka.
[ini satu lagi contoh perkembangan otak aku yang tidak sihat semasa kecil dahulu]
choiiii!!!
apasal sadis sangat dia ni?
isi je lah dalam tupperware
[ ejen ]
tak pun senang-senang,
bak mari je lah gula kapas tu
mira ~ aku masa budak2 layan majalah gila-gila dan humor (ye, mmg zaman tok kaduk sangat) dan komik saja tapi kau dah layan mitologi greek. you are seriously one weird girl haha. btw, that's a compliment.
oh dulu aku juga layan majalah fantasi
citah ~ weh tu alusmitai gergasi la. ada ke tapaware yang boleh muat
mira ~ mitologi greek ni bagi aku fokusnya lebih pada falsafah, bukan deity beings. gods tu diwujudkan semata untuk validkan segala mitos yang berlaku. eh kenapa jadi macam ni ye, oh itu god sekian2 yang buat.
aku rasalah
citah ~ berbanding dengan tapaware, aku lebih yakin mulut kau boleh muat alusmitai sebesar itu. besar awan weh
oh, falsafahnya memang bagus.
tapi aku memang ada special interest terhadap dewa-dewa greek ni.
[sebabkan akses internet rumah aku dulu laju, dan aku selalu conquer PC, dan bosan layan britney spears, dan abang aku kasi main game AoM, jadi hasilnya aku selalu surf pasal deities ni.]
ada kaitan tak?
eloklah besar awan..buleh buat stok dan potong kaki dengan lebih awal
mira ~ tak apa masih belum terpesong hehe
citah ~ [tiru kau] yes!. tapi kan awan ni manis ke. kalau tengah mod bercinta macam mira 'eh silap ke' bolehla percaya kalau manis. kalau mod neutral macam proletar kebanyakan rasanya tawar saja kot. rasanyalah
~~~Tamally maak...
We law hata ba eed any
Fe alby hawak....~~~
lalalalala
[dancing with the coton candy. putar jilat telan!]
haish aku tak paham mende yang kau tulis ni.
dah makan mungkin boleh terbang macam mary poppins yang suka cakap perkataan yang panjang gila tu
ko ingat aku paham ke? aku kopipes je lirik lagu arab tu kat gugel tadi.
kawan aku nyanyikan ritu.
aih, mary poppins... teringat kat channel disney.
dah lama tak tonton TV
oh, aku ingat kau handal berbahasa arab.
supercalifragilisticexpialidocious!
bersyukurlah kita kerana adanya wiki
hehe
awan ialah tempat untuk mengekspresikan rasa bahagia
aku pandai arab?. harapan la.
aku kat uni kena ambil arabic sampai 6 levels.
level 1 aku fail dah....
haih.
untung ada kawan arab je nak buatkan aku pass.
supercalifragilisticexpialidocious!
hahah untung ada wiki
citah~begitulah awan nano cik
mira~sampai enam2 level kau buat camtu?handal
Post a Comment