Jul 3, 2011

luci-

kau kata dia teman sempurna. sedari azali kamu bersama; tatkala panas tiba, dingin menduga, bah melanda, kemarau menggila, luruh menjelma, harapan membunga. oh, dia memang setia, sentiasa beria, ayuh bersama, menguasai dunia. elok luarannya, ganteng gaya, memukau jiwa, membimbing kau ke jalan lurusnya. dari balam2 cahaya, tampak (mungkin) dia bertanduk dua, tiga cabang tombaknya, malah berekor juga.

ah ternyata, ini bukan khabar gembira.

-fer

12 comments:

mirachantek said...

aku dulu suka nama lucifer ni.

dah besar sikit berakal baru tahu ianya nama saitan.


dalam cerita cinderella kucing belaan kakak tirinya bernama lucifer.
memang seekor kucing bersifat saitan

ahmad said...

haha betul tu, lucifer berbunyi agak cool bukan

ke fabel cinderella tu sebenarnya memang berunsurkan syaitan? pehh conspiracy theory habis

mirachantek said...

mungkin.
emak tirinya bersifat saitan. kakak-kakak tirinya juga.
kucing mereka juga.

hmmm

ahmad said...

paling setan fairy god mother kot (aku pun tak tahu kenapa aku cakap camni) haha

mirachantek said...

tapi watak fairygodmother tu membawa idea bahawa angels itu wujud dan akan menolong orang yang dalam kesusahan.

watak saitai itu dizahirkan melalui kucing dan tuannya lah...


dah akhir sekali cerita begini membawa idea bahagia selamanya selepas ciuman pertama selepas sah menjadi suami isteri.

sampai aku pun terikut dulu.
mahu punya perfect kiss juga. lol

ahmad said...

tapi angels dalam dongeng juga boleh membuatkan org malas berusaha dan tahu nak ratap sayu je

kucing mmg selalu diportraykan jahat kan. macam tom and jerry dan segala mak nenek katun kucing dan tikus. tikus tu pest weh, bawak penyakit

girls mmg senang terpengaruh dgn benda2 romantis sebegitu hehe [plg krg masa kecik2 dulu la]. memberi perspektif yang salah kepada budak2

mirachantek said...

angels membawa miracles.
itu tak bagus untuk development otak kanak-kanak.

dan aku tulis ini berdasarkan pengalaman.

lol.

ahmad said...

kanak2 itu adalah kau bukan?
haha

mirachantek said...

hah, iyalah..
heheh

ahmad said...

betul2 punya pengalaman tu hehe

mirachantek said...

dahulu aku pernah marah2 dengan alam [dan Tuhan] kerana fairygodmather tak muncul selamatkan aku ketika nenek aku mahu bantai aku dengan lidi.

aku cari fairies di tepi-tepi rumah aku yang ketika itu masih punya pohon renek. ada busut anai2.
ak ingat anai2 itu fairies sebab mereka punya sayap.

dan, aku tertipu.

ahmad said...

series? hahha tinggi sangat imajinasi kau tu.

anai2 itu fairies? hahah cayalah. rama2 pun ok sikit kot.

tapi nak buat macam mana, dah nama pun budak2 kan

soalan : kenapa nenek kau nak bantai kau