Jul 15, 2011

utopia

20XX, kereta terbang adalah mod pengangkutan utama. kamu dalam perjalanan pulang dari pejabat dan pada masa tu tengah jem teruk (biasalah tu). kamu tak kisah sangat kerana kamu dah mangli, malah dah jadi semacam ritual harian pula. tiba2 enjin kereta kamu mati (mungkin kerana kehabisan minyak / bateri kong (bagi kereta elektrik) / enjin terlebih panas, dan segala macam lagi faktor yang tidak signifikan untuk ini, yang hanya disebut semata untuk mencukupkan patah perkataan dalam karangan) semasa di atas sana, katalah pada ketinggian 30 tingkat. apakah reaksi kamu? apa perasaan kamu ketika itu? apa yang berlegar dalam benak kamu, sebelum kamu terhempas menempek konkrit di bawah sana?

26 comments:

alien said...

saya cool dan tenang je..
pada masa itu ada sut anti-graviti, so saya akan kekal terapung 3 kaki dari konkrit itu..

ahmad said...

peh tak aci, mesti sangat mahal. kena bayar ansuran berapa tahun ni. berapa peratus interestnya

alien said...

kebetulan jiran saya sudah menambah berat dan sut itu dia beri kepada saya kerana dia sudah tidak muat lagi

Amalina said...

soalan pertama:apakah reaksi kamu?
jawapan:gelabah.

soalan kedua:apa perasan kamu ketika itu?
gundah-gulana.

soalan ketiga : apa yang berlegar dalam benak kamu, sebelum terhempas menempek konkrit di bawah sana?
jawapan:kain kapan.

mirachantek said...

terlalu futuristik.

kalau jatuh dan mati, pada masa itu saya aku mula terfikirkan dosa semalam.
lol

ahmad said...

alien - sut anti graviti tu pun mesti ada limit beratnya kan

amalina - pehh semua soalan dijawab tu

mira - dosa semalam? macam tajuk lagu rok kapak haha

Amalina said...

dapat markah penuh?

Amalina said...

dapat markah penuh?

ahmad said...

dapat 98% je sebab soalan subjektif tak munasabah dapat markah penuh, lainlah soalan objektif atau soalan betul salah

Amalina said...

ok.dapat hadiah?

ahmad said...

hadiah mestilah kereta terbang. mahu?

Amalina said...

mahu.mana?

ahmad said...

tunggu ia dicipta pada tahun 20XX

Amalina said...

ok.nanti aku tuntut kat kau.

mirachantek said...

tahun 20XX itu, adakah pada zaman itu Mawi masih lagi relevan ?

tiba-tiba kurious

ahmad said...

mawi dah tua, dia dah pass 'world' tu kat anak dia sebab wife dia kan dah pregnant.

aku ialah sgt segan kerana aku tahu haha

mirachantek said...

oh mawi punya bini sudah mengandung.?
sungguh saya tak tahu itu

ahmad said...

sekarang cik sudah tahu

mirachantek said...

yah. tengs to you. hahah.

kau la tulis review Cekik ;p
nnt ku baca ;p

ahmad said...

aku tak reti mereview. yang aku boleh bagitahu kenapa emping jagung warith rasa macam megi saja haha

mirachantek said...

kau tahu selepas baca itu aku cuba masak megi sambil dengar lagu yuna tu. lol

ahmad said...

so hasilnya sama macam yang si warith tu bagitahu tak

mirachantek said...

lebih kurang. cumanya aku lebih suka megi kembang. bukan macam warith.

ahmad said...

aku mungkin suka versi warith sebab megi kembang cepat saja buat aku mual

mirachantek said...

entah. aku memang suka megi kembang.
tekak lain-lain. heh

ahmad said...

ya, memang begitu adanya hehe